View: 1308|Reply: 14
|
Rider Langgar Lampu Isyarat, Tak Sedar Belakang Ada Polis. Memang Mendapatlah!
[Copy link]
|
|
Ipoh: Tindakan penghantar makanan yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Azlan, dekat Bercham, di sini, mengundang padah apabila dia dikenakan saman oleh anggota trafik yang menunggang motosikal di belakangnya.
Kejadian itu tular melalui klip video berdurasi 36 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum ia dimuatnaik di Facebook (FB) Polis Daerah Ipoh.
Menurut hantaran berkenaan, rakaman video 'dashcam' itu tular di laman sosial dan berlaku jam 9.45 pagi semalam.
Foto: Harian Metro
Menerusi hantaran itu, tindakan saman diambil oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berpangkat Koperal.
"Tindakan saman diambil oleh Koperal Mohd Amin Ismail ke atas penunggang motosikal terbabit yang melanggar isyarat lalu-lintas di Jalan Sultan Azlan Shah/ Bercham yang tular di laman sosial baru-baru ini," kata hantaran itu yang disiarkan malam ini.
Sementara itu rakaman video terbabit memaparkan penghantar makanan itu tidak menyedari anggota polis trafik berada di belakangnya sebelum melanggar lampu merah sebaik tiada kenderaan melalui susur simpang dari arah berlawanan.
Sejurus melanggar lampu isyarat merah berkenaan, video seterusnya memaparkan penghantar makanan itu 'dikejar' oleh polis trafik terbabit yang kemudiannya mengarahkan supaya berhenti di bahu jalan dipercayai bagi proses pengeluaran saman. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bersepah rider camni..dh la langgar lampu merah kdg2 bawak motor membahayakan nyawa org lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
adan uke.. sakit hati selalu bertembung orang mcm ni grrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa buatkan baru kali ni mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Adakalanya rider langgar lampu merah pastu.nak kita yang kat lampunhijau ni bagi jalan kat dia
Sial |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 10-12-2021 01:44 PM
Adakalanya rider langgar lampu merah pastu.nak kita yang kat lampunhijau ni bagi jalan kat dia
Sial
Betol.selalu kena camtu
X guna btl |
|
|
|
|
|
|
|
'langgar' lampu merah & lawan arus....dh jadi benda biasa drng buat la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai rider di lembah klang yg suka melanggar lampu isyarat.
ramai juga yg menunggang motor secara berbahaya.
namun, pd yg menunggang mematuhi undang2, syabas & terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Tokeybundle replied at 10-12-2021 01:57 PM
Betol.selalu kena camtu
X guna btl
Khen...demi kejar trip..area iols neh sebelum.grabfood n panda mendonia..dominos pizza slalu buat gini..sampai ada.sorang rider depa meninggal.kena.langgo...kat flyover .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini maciam kat trafik light nak gi tesco kat bercham tu.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je tengah ari tadi hampir nak berlanggar dengan rider grab. Lampu aku dah hijau tapi dia pulak yang jalan[em:24:]
Nasib aku lambat sikit gerak walaupun dah hijau. Kalau tak mesti dah bertembung |
|
|
|
|
|
|
|
Elok polis trafik duduk kt traffic light. Biar rider2 ni tak berani nak langgar lampu merah. Elok saman je semua. Membahayakan orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya polis tu berenti sebelah rider, baru lah rider alert dan mengkensel plan untuk langgar lampu merah. |
|
|
|
|
|
|
|
itu kalau polis tu berhati mulia niat untuk cegah sebelum parah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|