Menerusi kemajuan telefon bimbit dan peluasan rangkaian komunikasi yang turut mencakupi kawasan luar bandar, ledakan maklumat dan media sosial pada masa ini sudah menjadi trend dan keperluan bagi semua lapisan masyarakat.
Penyebaran berita melalui media sosial terutama perkongsian menerusi laman blog, facebook, twitter, instagram, tik tok atau aplikasi lain memudahkan sesuatu perkara menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di seluruh dunia.
Namun lain pula jadinya jika kandungan perkongsian di media sosial itu melibatkan individu lain yang tidak selesa kelibat mereka dikongsi pada umum seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini.
Sesetengah guru yang 'membazirkan' waktu mengajar dengan merakam video buat kandungan media sosial mengundang rasa rimas dalam kalangan pelajar.
Menurut, Faisal Rahim (@acaiijawe) ada di antara rakannya yang mengadu bahawa anak mereka tidak selesa dengan tindakan guru yang berbuat demikian.
Kredit Foto : Twitter Faisal Rahim
Rata-rata, pandangan Faisal itu disokong oleh warga maya yang berpendapat bahawa sikap sedemikian sudah jelas tidak profesional dan tidak beretika. Ramai yang berpendapat bahawa tidak semua individu termasuk murid suka kehidupan mereka menjadi tontonan umum.
Sebaiknya warga guru khas dan pelajar khasnya serta warga maya amnya, diharapkan dapat menggunakan medium penyampaian maklumat tanpa sempadan ini secara berhemah dan bermanfaat.
|