View: 1317|Reply: 5
|
Sebulan Kahwin, Ayie Floor88 Dah Sedia Kalau Isteri Hamil
[Copy link]
|
|
Selepas sebulan lebih mendirikan rumah tangga, penyanyi Ayie Floor88 mengakui kehidupannya jauh berbeza berbanding ketika bujang.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, berkata dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga disamping isteri tercinta, Nur Natasyah Ahmad Nawani, 22.
Foto: IG
"Alhamdulillah selepas berkahwin semakin bahagia dengan isteri. Kehidupan mungkin agak berbeza dari bujang dan sekarang, tapi kami sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan baru.
"Bagi saya sekarang tanggungjawab lebih besar, sebab kini sudah jadi ketua keluarga, ada orang lain yang perlu ditanggung," katanya kepada mStar.
Ayie mendirikan rumah tangga dengan Nur Natasyah Ahmad Nawani, 22 pada 21 Oktober lepas di Masjid Ukay Perdana Ampang, Selangor.
Dalam pada itu, katanya, mereka belum ada perancangan untuk berbulan madu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih terikat dengan urusan pekerjaan yang perlu diselesaikan.
"Berbulan madu belum ada perancangan lagi. Ada la bercuti sikit kalau pergi kerja tu kami luang masa bersama.
"Masakan semestinya ayam masak merah, ini adalah kesukaan saya dan istimewa bila isteri masak sebab saya tidak cerewet bab makanan.
Sementara itu, bercerita soal cahaya mata Ayie meminta orang ramai mendoakan dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Tambahnya, dia tidak akan merahsiakan berita gembira itu kepada umum jika benar-benar berlaku.
"Fasal anak pula, kalau ada rezeki saya akan umumkan, saya nak minta doa daripada rakan-rakan dan peminat.
"ada saya, kalau ada Alhamdulillah, kalau tiada pun kita akan terus cuba lagi.
"InsyAllah saya akan umumkan, kalau betul-betul confirm dan boleh dikongsi," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cakap satu je. Haukkkkk nyaa english deme [em:3:][em:3:]
Try hard sgt nak bercaption english. [em:10:] |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ye ke, tak tanya pun dik.
Dah nama pun dah ber kahwin kan, takkan la nak expect isteri kau yang kena bersedia untuk kau yang bunting pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bujang dengan dah kahwin mestilah berbeza. Xkanlah oooh alam perkahwinan dan bujang sama tiada beza pun. |
|
|
|
|
|
|
|
i've never feel? for your existing? najihah closing sangat english ko ni dekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|