CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1421|Reply: 7

Curi Identiti Anak Untuk Masuk Kolej, Siap Dapat Kekasih Muda Lagi!

[Copy link]
Post time 10-12-2021 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku salah mencuri identiti anak perempuannya yang sudah lama ditinggalkan untuk mendapatkan pinjaman pelajaran dan mendaftar di kolej, lapor akhbar New York Post.


Laura Oglesby, 48, menyamar sebagai anak perempuannya, Lauren Hays selama lebih dua tahun dalam penipuan yang memperdayakan kerajaan persekutuan dan penduduk bandar kecil,  Mountain View.




Kredit foto: Handout/NYP




Pada 2016, Oglesby memohon kad keselamatan sosial atas nama Hays.


Sejak itu, Oglesby yang ketika itu berusia 43 tahun menggunakan identiti anak perempuannya dengan mengatakan namanya ialah Lauren Hays dan dia berusia 22 tahun.


Dia juga menggoda lelaki berusia usia awal 20-an yang tidak menyedari bahawa Oglesby hampir dua dekad lebih tua daripada usia yang dikatakannya.


“Semua orang mempercayainya. Dia juga mempunyai teman lelaki yang percaya bahawa dia berusia 22 tahun,” kata Ketua Jabatan Polis Mountain View, Jamie Perkins.


Gambar yang diperoleh daripada stesen berita KY3 Missouri menunjukkan Oglesby mempunyai akaun media sosial Snapchat dan menyamar sebagai Hays dengan menggunakan aplikasi penapis untuk menjadikan wajahnya nampak muda.




Swafoto Oglesby menggunakan filter
Kredit foto: Handout/NYP




Oglesby mendaftar di Universiti Southwest Baptist.


Dia turut memohon pinjaman dan menerima wang berjumlah AS$9,400 (RM39,673) dalam bentuk pinjaman persekutuan dan geran pendidikan berjumlah  AS$5,920 (RM24,985).


Bagaimanapun, selepas lebih dua tahun, penipuan tersebut  akhirnya terbongkar pada Ogos 2018.


Polis Mountain View telah dihubungi oleh pihak berkuasa di Arkansas yang percaya Oglesby telah melakukan penipuan kewangan dengan menggunakan nama anak perempuannya.


Oglesby berdepan hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja memberikan maklumat palsu kepada Pentadbiran Keselamatan Sosial.


Di bawah syarat perjanjian rayuannya, Oglesby juga mesti membayar AS$17,521 (RM73,949) sebagai ganti rugi kepada Southwest Baptist University di Missouri dan kepada anak perempuannya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Time muda dulu acik buat apa? Buang tabiat betul ni heheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain macam mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 12:57 AM | Show all posts
akhirnya kantoi jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriusly xdak sapapun yg prasan..hebat btol acik ni..maybe awet muda sgt kot..untung la dia dpt feeling2 muda remaja, masuk unibersiti, bopren pucuk muda..x puas merasai nikmat zaman remaja agaknya dia ni..dh blh buat movie based on true story dh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Die actually masuk universiti ke? Or just pakai nama apply loan semua tu je? Mcm x logik org xprasan muka berumur die based on gmbr kt atas..kalo tgk kt snapchat nmpk la muda sbb filter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic: Die actually masuk universiti  ...

kat sana kn normal 20an nmpk acik2
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:28 AM | Show all posts
dan anaknya bersekongkol atau tak tahu aktiviti mak dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063923 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list