CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 16

Fauziah Nawi tak terfikir terima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman

[Copy link]
Post time 11-12-2021 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Fauziah Nawi tak terfikir terima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman



Kuala Lumpur: "Paling seronok apabila anugerah ini diperoleh semasa hidup. Saya bersyukur kerana dapat anugerah ini. Ia benda yang saya tak pernah terfikir," kata pelakon veteran Fauziah Nawi yang menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dalam Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, malam ini.

Fauziah, 68, berkata, anugerah ini turut didedikasikan buat anaknya yang juga pengarah, Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif yang meninggal dunia pada Oktober 2019.

"Masuk dalam bidang ini hati kena keras kerana ini pilihan yang saya buat. Malah cucu saya (anak sulung Pitt) juga dah masuk kolej ambil jurusan filem.

"Kalau boleh saya tak nak dia ambil bidang itu kerana susah, dia kata ada minta jurusan lain tapi dapat jurusan filem juga. Dia memang nak jadi macam ayahnya. Cucu yang kedua pun dah berjinak dalam lakonan. Mereka bermula dari kecil dan saya harap kerjaya lakonan zaman mereka nanti akan lebih baik," katanya.

Menurut Fauziah, pembabitannya sebagai pelakon amat bermakna kerana dapat membantu ibu bapa selain dapat menyara adik-beradik belajar di luar negara," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... wan-sepanjang-zaman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je beberapa hari lepas tonton lakonan drama hitam putih lakonan ibu fauziah nawi ni di tv6
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ibu fauziah nawi bibir gelap hasil menenyeh lipstick Mamasabariah x Old & Dull code: Jahlokap

Agittew kaka promotkan sponsor sekali...
Done buat cerita dan pitenah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I agree! Anugerah seperti ini harus diberikan semasa karyawan itu masih bernyawa (walaupun kita tak la tau lama bila hidup) tapi kalau boleh kalau org tu dah banyak berjasa/contribute ke, beri je la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 02:31 PM | Show all posts
Aku ingat arwah pitt tu anak tunggal. Rupanya ada anak lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Ibu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-12-2021 04:50 AM
Tahniah ibu fauziah nawi bibir gelap hasil menenyeh lipstick Mamasabariah x Old & Dull code: Jahloka ...


Kau dan mengata org berpisah tiada. Islam ke? Saper tu tuhan kau? Tak letih ke.. berkat ke idop kau berkuntum kat forum caci mencaci?

Keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 04:05 PM | Show all posts
stingertaiklu replied at 12-12-2021 03:56 PM
Kau dan mengata org berpisah tiada. Islam ke? Saper tu tuhan kau? Tak letih ke.. berkat ke idop ka ...

heyyy choiii... izinkan lah kaka mengata orang untuk mewarna warnikan forum ni
kaka pergi lerr attack stinger tu dulu... lepaskanlah iolsss gitteww *sambil buat2 muka simpati*

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 12-12-2021 04:05 PM
heyyy choiii... izinkan lah kaka mengata orang untuk mewarna warnikan forum ni
kaka pergi le ...


Alah chuolzah jangan nak buat innocent lah. Stinger tu gang chuolzah jugak khuens? Saka belaan mods khuens? Nama kau yang sebetulnya waktu mintak jd mod tersohor apa eh? Haha… cak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 04:14 PM | Show all posts
stingertaiklu replied at 12-12-2021 04:12 PM
Alah chiolzah jangan nak buat innocent lah. Stinger tu gang chuolzah jugak kan? Nama kau yang sebe ...

choiii bukan la, iolss kenkadang je reply heolsss iols tak pernah minta jadi mod sebab gaji tak cukup asyukkkk...


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah atas anugerah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingertaiklu at 12-12-2021 08:01 PM
dudaberhias replied at 12-12-2021 04:14 PM
choiii bukan la, iolss kenkadang je reply heolsss iols tak pernah minta jadi mod  seb ...


So obvious la akak duda… koyerpun cover2 la sikit kau kerja dalam ni kasi naik advert/viewers sini up khuensssss? Anyway…Dah siap ke templete cercaan mesra neraka kau tu?ingattttt… Esok2 bila nyawa kau dah nak kena tarik.. time nak matey tu kau ingat balik semua kata2 nista yg kau lafazkan dalam ni pagi petang siang malam cam si stinger tu yer. Tu pun kalu sempat bersyahadah ler khuenss? Duiiii….

Keh keh keh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:34 AM | Show all posts

Fauziah Nawi Syukur Dapat Merasa Genggam Trofi Ketika Masih Hidup

Penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Fauziah Nawi tidak pernah menyangka diberi pengiktirafan sedemikian menerusi Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung Jumaat lalu.


Menurut Fauziah, 68, paling istimewa apabila dia dapat menggenggam trofi berprestij itu ketika masih aktif dalam bidang lakonan.


Foto: IG






"aling seronok apabila anugerah ini diperoleh semasa hidup. Saya bersyukur kerana dapat anugerah ini. Ia benda yang saya tak pernah terfikir.


"Saya akan terus berlakon... kena teruskan juga sebab bapa dah warning apabila dah masuk, kena teruskan," katanya kepada mStar.




  



FFM31 yang mengangkat filem Roh sebagai Filem Terbaik berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.


Tambah Fauziah dia juga bersyukur apabila bakatnya masih diterima dan dihargai walaupun pada usia emas.




  



  



"Saya bersyukur sebab masih mampu berlakon dan pada usia sekarang saya masih relevan.


"Nasihat saya kepada orang baharu, apabila mereka masuk indsutri... kena jadi seorang yang berilmu dan ada hati yang baik," katanya.




  



Selain itu Fauziah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah pada FFM12 (1995) berkata, anugerah yang diterimanya itu juga didedikasikan kepada anaknya yang juga pengarah, Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif yang meninggal dunia pada Oktober 2019.


"Untuk Pitt saya tunjuk yang saya mampu dan boleh buat. Masuk dalam bidang ini hati kena keras kerana ini pilihan yang saya buat.




  



  



"Malah cucu saya (anak sulung Pitt) juga dah masuk kolej ambil jurusan filem. Kalau boleh saya tak nak dia ambil bidang ini kerana susah.


"Tapi dia kata nak jadi macam ayahnya. Cucu yang kedua pun dah berjinak-jinak dalam lakonan. Mereka bermula daripada kecil dan saya harap kerjaya lakonan zaman mereka nanti akan lebih baik," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:10 PM | Show all posts
hastag kemain berjela makcik.haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:13 PM | Show all posts
tahniah ibu poji nawawi...

memang layak selayaknya sheols menang setelah bertahun2 berada dalam industri... lakonan pun best, sedih... setaraf wan maimunah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhh ibu poziah nawawi... Memang layak sangat sheols dapat anugerah nie. Berlakon pon best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 04:49 PM | Show all posts
tahniahhh. elok laa dah bertahun2 berlakon at least appreciate laa sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.780545 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list