View: 765|Reply: 2
|
Beberapa Hari Anak Tahan Sakit 'Ladybug' Masuk Telinga
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak di China terpaksa menahan kesakitan beberapa hari selepas telinganya dimasuki seekor kumbang 'ladybug'.
Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu datang ke pusat rawatan telinga di Liaoyuan, wilayah Jilin bersama ibu bapanya pada Sabtu lalu.
Gambar hiasan
Global Times melaporkan, pada mulanya kanak-kanak itu sering mengadu merasa tidak selesa akibat sakit di salah satu bahagian telinganya.
Ibu bapanya menyangka apa yang dialami anaknya itu disebabkan sakit tekak.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila kakitangan pusat itu berjaya mengeluarkan seekor kumbang mati dalam telinga anak mereka selepas membuat pemeriksaan.
Seorang kakitangan pusat itu memaklumkan, kes itu adalah biasa dan bukan pelik.
"Saya sudah jumpa dan keluarkan macam-macam benda berbeza dalam telinga pelanggan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sana selalu je ada kes2 macam ni dilapurkan |
|
|
|
|
|
|
|
iols penah tertidur dalam kereta time tu ayah berniaga.. dah lewat malam sangat.. tidur la.. sekali semut masuk dalam telinga.. pehh bising gila telinga.. mmg huru hara kejap dunia time tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|