Seorang ustaz di sebuah sekolah agama di Jawa Barat ditahan polis selepas didakwa mencabul 10 pelajarnya dengan mengumpan mangsa sebanyak 10,000 rupiah (RM3.00).
Lapor Kompas, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, suspek berusia 52 tahun itu dikenali sebagai MMS dan berasal dari bandar Depok.
SUSPEK yang merupakan guru agama didakwa mencabul pelajarnya. - AGENSI
Menurut Zulpan, MMS melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap pelajar berusia antara 10 hingga 15 tahun.
Katanya, suspek menodai, mengugut dan menakut-nakutkan mangsa agar mereka tidak melawan.
“Pelaku juga membayar sejumlah kecil wang kepada mangsa untuk menutup mulut mereka supaya tidak mendedahkan perbuatan terlarang itu,” katanya.
Jelas Zulpan, MMS melakukan perbuatan itu selepas mengajar kelas mengaji pada waktu petang kepada pelajar berkenaan.
Gambar hiasan
Kes pencabulan itu terbongkar selepas salah seorang mangsa memberitahu ibu bapa mengenai kejadian menimpa dirinya.
Sumber: Utusan |