Pasti sukar bagi pasangan suami isteri untuk menerima hakikat perkahwinan yang dibina bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. Masalah ini menjadi bualan ramai sejak sekian lama.
Terbaru, isu ini sekali lagi tular di media sosial, di mana terdapat seorang pengguna Twitter yang berkongsi nasihat dari angkasawan negara. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang lain.
Melihat ciapan pengguna Twitter tersebut, ramai yang berkongsi kisah yang sama dan masing-masing bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu.
Kredit Foto - Twitter @marinadndy
Ada juga wargamaya memberi nasihat agar pasangan yang mengambil anak angkat perlu betulkan niat, dan apabila dikurniakan anak kandung sendiri jangan pula disisihkan anak angkat tersebut.
Kredit Foto - Twitter @marinadndy
Selain itu, ada juga wargamaya yang menasihati pasangan suami isteri berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kesihatan diri jika sudah lama tidak dikurniakan zuriat.
Kredit Foto - Twitter @marinadndy
Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Apapun tidak salah untuk ikhtiar. Insya allah. -CARI |