View: 1732|Reply: 12
|
Tindakan Terhadap PA Aliff Syukri Yang Hilangkan Diri Lepas Bida Harta Sajat Belum Dibincangkan
[Copy link]
|
|
Peguam dan plaintif masih belum berbincang berhubung tindakan yang akan diambil terhadap pembida harta dan barangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang menghilangkan diri.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, buat masa ini, fokus diberikan untuk membuat permohonan tarikh baru bagi proses lelongan harta Sajat.
Hafidzah, Foto: Harian Metro
"ihak peguam akan mendapatkan tarikh baharu sesi lelongan itu dalam masa terdekat dan mengaturkan sesi lelongan baharu.
"Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan) kerana sibuk dengan proses lelongan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nurul Hafidzah berkata, prosedur lelongan akan kekal seperti biasa dan mempunyai syarat lelongan membabitkan pembida perlu meletakkan deposit wang tunai RM5,000.
"Sama sahaja dan ikut prosedur biasa ketika ini. Sebelum ini deposit RM5,000, berubah atau tidak bergantung kepada mahkamah selepas ini.
"Semua pihak yang mahu menyertai lelongan itu kena bersedia dengan pengisytiharan jualan dikeluarkan pihak berkaitan," katanya.
Semalam, media melaporkan pembida yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik itu disahkan sebagai pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Lelaki terbabit memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.
Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 manakala termurah ialah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.
Lelaki itu dikatakan menghilangkan diri apabila tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan untuk menguruskan bank draf.
Proses lelongan itu dikira terbatal berikutan kegagalan lelaki terbabit membuat bayaran selepas jam 4.10 petang.
Sehubungan itu, satu tarikh lelongan baru akan dikemukakan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors di mahkamah bagi membolehkan bayaran Nur Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya, OWA Resourses Sdn Bhd dapat diselesaikan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan gagal membayar pampasan kepada OWA Resources.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Reput cari ni reti xbeza jantina?
Sejak bila Nur sajat
Jpn bagi ke dia tukar Nama?
Kes mahkamah kan muhamad Sajjad..Kang kata ko xhbs sekolah Kang koyak plakk |
|
|
|
|
|
|
|
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
belilies: PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
sajad pun lesap boleh lepas border ni kan PA suara chipmunks
|
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
Dah lps berjimba ke turki |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 17-12-2021 01:02 AM
Dah lps berjimba ke turki
Siyeslaaa?? Taktik deyols lh ni. Aliff tu kan bff sajat |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 16-12-2021 07:32 PM
sajad pun lesap boleh lepas border ni kan PA suara chipmunks
Saja nak buat hal kot.. jenjangan aliff tu yg tolg export sajat ke thai-oz. deyols kan bff. Tu ha tikus kata PA tu dh sampai turki pun. Acaner tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu cari. He hasn't broken any law.
|
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 17-12-2021 01:16 PM
Siyeslaaa?? Taktik deyols lh ni. Aliff tu kan bff sajat
Tu yg dokong usop tu
|
|
|
|
|
|
|
|
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu satu kesalahan ke..? ada deposit n burn kan..? btw syg nawww erkk si sotong tu kat abe jadd. Herlok laa ko pon ikot diaa duk sana. Kesian abe jadd lonely sesorg kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aussie da buka boarder, confirm da pergi alip tu jumpa bff dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan) kena failkan kes menghina mahkamah yang bukan senang nak buktikan. People do change their mind.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|