View: 1238|Reply: 4
|
Kopi Aroma Besi Dibancuh Dengan Mesin Gerudi
[Copy link]
|
|
Tular sebuah video menunjukkan penjual kopi di Indonesia membancuh minuman itu menggunakan mesin gerudi.
Suara.com melaporkan, pemilik akaun TikTok bernama @kenandgratt yang juga seorang pelanggan, mencuba hidangan kopi luar biasa tersebut yang dibancuh menggunakan sebuah mesin gerudi.
Kredit foto: TikTok
“Hebat-hebat ya penjual sekarang,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video itu.
Difahamkan, mesin gerudi yang digunakan itu sebenarnya sudah diubah suai dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sebatang sudu.
Kopi tersebut kemudiannya diminum seorang wanita yang bergurau dengan mengatakan ia mempunyai aroma besi.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kopi mesin tak kira jenama apa pun nak sedap kena masak dia atas dapo sekli dgn susu pekat dan susu cair sikit. masak smpi betul2 mendidih pastu tapis. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan takat buat kopi je bancuh mertabak dan apam balik pun itu juga yang mereka guna |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Korea dan Jepon pun ada yang guna mesin ni tapi untuk bancuh dalam kuantiti banyak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|