View: 1184|Reply: 3
|
Maut Terjun Tingkat 5 Lari Dari Suami Kekasih
[Copy link]
|
|
Lelaki maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah bangunan kediaman di Jaipur ketika cuba melarikan diri daripada suami kekasihnya.
Menurut polis, lelaki berusia 29 tahun itu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin, lapor India.com.
Kredit foto: India.com
Pasangan kekasih itu dilaporkan 'kahwin lari' dua tahun lalu sebelum tinggal di sebuah flat bersama anak perempuan wanita terbabit yang masih kecil.
Namun, suami wanita berkenaan berjaya mencari dan menjejaki isterinya di Jaipur pada Ahad lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit panik melihat suami kekasihnya muncul secara tiba-tiba sebelum dia melompat dari balkoni rumah.
Dia segera dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sehari kemudian.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ditutup suspect dah beralih alam |
|
|
|
|
|
|
|
Klu tak terjun, akn mati jugak kena bunuh..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|