London – Ahli-ahli astronomi mengeluarkan amaran mengenai keadaan Matahari yang dikatakan kini tidak stabil, lapor laman berita Wion News.
Mereka berkata, keadaan itu berlaku selepas letusan sebutir bintang yang dikenali sebagai Bintang Naga atau EK Draconis. Bintang kerdil itu terletak pada jarak 110.71 tahun cahaya dari Bumi. Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat.
Saintis-saintis sebelum ini menyatakan bahawa suar suria menghamburkan jisim yang mempengaruhi alam sekitar di Bumi.
Foto: Twitter
“Penghamburan jisim ini secara teori boleh juga berlaku pada Matahari kita. Pemerhatian ini dapat membantu kami untuk lebih memahami bagaimana peristiwa serupa mempengaruhi Bumi, malah Planet Marikh sejak berbilion-bilion tahun lalu,” kata pengarang bersama kajian itu, Yuta Notsu dari Makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa Lepas (LASP).
Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Nature, menunjukkan bahawa bintang merah kerdil jenis M adalah tidak stabil seperti yang disangkakan sebelum ini. Bintang-M merujuk kepada bintang yang banyak terdapat di cakerawala dan bintang paling kecil yang mempunyai bahan bakar hidrogen. Bintang jenis ini biasanya mempunyai jisim sekitar 0.6 kali ganda berbanding jisim Matahari.
Bagaimanapun, matahari kelihatan kurang aktif daripada bintang serupa dari segi variasi kecerahan yang disebabkan oleh tompok matahari dan fenomena lain.
Penyelidik-penyelidik berkenaan berkata kelmarin bahawa mereka melakukan kajian terhadap 369 bintang yang serupa dengan matahari untuk melihat suhu permukaan, saiz, dan tempoh putarannya. Kajian itu menunjukkan bintang-bintang tersebut secara purata memaparkan perbezaan kecerahan lima kali ganda lebih banyak daripada Matahari.
Matahari mengambil masa kira-kira 24 hari setengah untuk melengkapkan putaran pada paksinya.
‘’Perubahan kecerahan ini disebabkan oleh bintik-bintik gelap pada permukaan bintang yang berputar,’’ kata ahli astronomi, Timo Reinhold dari Institut Penyelidikan Sistem Suria Max Planck di Jerman.
Matahari secara ringkasnya adalah sebiji bola panas terdiri daripada gas hidrogen dan helium. Ia adalah bintang bersaiz biasa yang terbentuk lebih 4.5 bilion lalu dan kini dikatakan mencapai separuh usianya.
Matahari mempunyai diameter sekitar 1.4 juta kilometer, manakala suhu permukaannya adalah kira-kira 5,500 darjah Celsius. – CARI
i mean benda ni bagi siapa yg ambik jurusan astrofizik adalah sat benda yg depa boleh kira as in how long it will take the sun to burn or use up all the hydrogen fuel tu. kan matahari tu bhn bakarnya hidtogen and sedkit helium ? so....depa boleh kira pun.
. https://tech.hindustantimes.com/ ... 71639373774394.html - Dragon star shoots off huge solar storm; scientists worry about fate of Earth
A destructive solar storm has been fired by a Dragon star; a similar coronal mass ejection by our Sun would destroy Earth. / Bintang naga menembak ribut suria yang besar; saintis bimbang tentang nasib Bumi
Ribut suria yang merosakkan telah dilepaskan oleh bintang Naga; lemparan jisim koronal yang serupa oleh Matahari kita akan memusnahkan Bumi. - 13 Dec 2021
.
Post time 18-12-2021 11:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
umbut replied at 18-12-2021 11:11 AM
Dinasour pupus sebab asteroid. Wujud manusia.. and restart
Dinosor pupus dan manusia ambik alih bumi sbb nabi adam pi makan buah terlarang....
Kalau nabi adam ikut larangan Allah idak ler manusia terpaksa lahir kt dunia ni dan bersaing bergaduh berperang..
Post time 18-12-2021 02:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku baca original artikel (bukan had ni yang lebih kepada propaganda). Yang tak stabil tu bintang macam matahari bukan matahari. EK Draconis yang jauh lebih muda dari matahari yang kita hadap sekarang. Dia keluarkan tenaga yang tinggi hasil letusan solar.