View: 2676|Reply: 22
|
Anak Setahun Cedera Kepala Muka, Bapa Kata Ditendang Lembu Rupanya Dilanggar
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Seorang bapa cuba menipu apabila mendakwa bayi perempuannya berusia setahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu.
Namun, bayi warga negara Myanmar itu rupa-rupanya dilanggar lelaki berusia 27 tahun itu ketika mengundur kenderaan dipandunya, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku malam tadi di kediaman mereka di daerah Kubang Pasu dan petugas HSB pada 10.56 malam dimaklumkan bayi itu cedera akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.
Gambar Hiasan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata, bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.
Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil, tetapi masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.
"Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
"Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.
"Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rohingya dan sembang berpisah tedaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lembu kena pitnohh dek manusiaa |
|
|
|
|
|
|
|
xpasal2 kau salahkan haiwan yg xberdosa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn tak semena mena bapa nya telah termengaku dialah lembu itu |
|
|
|
|
|
|
|
"saiya suda 2 vaksin...manusia jugak..apasal mau penjara"-Selamat mlm rohingya |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa menipu sebb takut kena saman /tahan sebb takda lesen
Last2....kena tahan jugak. Kalau dah rezeki masuk jail . Lambat laun pasti akan kedalam jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Maknya kemana? Ada ke takde? |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa menipu asanya,
tadak lesen barangkali
dh tak pasal kena tahan... |
|
|
|
|
|
|
|
alasan pun tak logik langsung |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 17-12-2021 05:36 PM
Dgn tak semena mena bapa nya telah termengaku dialah lembu itu
Ini win. Kereta lembu |
|
|
|
|
|
|
|
eeee suka ckp pelat la dorg ni..
tp roghingya ni pilihan gadis melayu kan sbb tgk ramai gak bangsa ni kawen meleis..
kt opis tu..ada la sorg ni..org nepal..heols ni tkg hntr dokumen kt tmpt kitorg..pg2 masuk opis org suka termenung..pastuukannnn tnya2 pulak laki kita keja apa.motip |
|
|
|
|
|
|
|
Nak reka alasan pun carik la alasan yang boleh terima akal sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Lembu betullah bapak ni.
Bapak ni sejenis lembu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa: Lembu jugak kena tuduh
Bukan kena tuduh tapi dah kena fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
Suh baik tk parah..hati2 la nk reverse tu |
|
|
|
|
|
|
|
polis ni dah kerja dia hadap hari2 macam2 aduan
depa tau kita menipu ke idak |
|
|
|
|
|
|
| |
|