|
Seorang bekas budak pejabat menangis selepas dijatuhi penjara enam tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas kesalahan mengedar syabu seberat 106.71gram (g), dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abd. Halim Aman menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, C. Viknesvaran, 23, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.
Gambar hiasan
Perintah penjara itu diarahkan bermula dari tarikh tangkap pada 22 Jun 2019.
Abd. Halim dalam penghakimannya berharap tertuduh insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.
“Nasihat saya, selepas keluar nanti, jangan jadi macam ini. Kamu kata dapat upah RM200 tapi duduk dalam (penjara) berapa lama? Saya nasihatkan, jangat buat lagi dan cari kerja lain,” ujarnya.
Viknesvaran didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 106.71g di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran Petronas pukul 3.50 petang pada 22 Jun 2019.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimum 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sumber: K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|