Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun membuat keluarganya ‘tidak tentu arah’ selepas dia tidak sengaja memesan aiskrim gelato berharga AU$1,139 (RM3,448).
Christian King menggunakan telefon bapanya untuk memesan sejumlah gelato termasuk sebiji kek hari jadi untuk dirinya.
Gambar hiasan
Bapanya, Kris King memberikan telefon bimbit kepada Christian supaya dia tidak mengganggu mereka sekeluarga yang ketika itu menyaksikan kakaknya bertanding dalam acara bola sepak.
“Christian ada memberitahu saya yang dia ada memesan makanan, namun saya tidak mempercayainya sehinggalah penghantar makanan UberEats menelefon isteri saya.
“Pada mulanya saya menyangka harga makanan yang dipesan Christian berharga AU$139 (RM421), namun saya tersilap tengok dan terkejut dengan pesanan itu,” katanya kepada The Guardian.
Kris King
Kredit foto: The Guardian
Kris memaklumkan, anaknya memesan sejumlah gelato termasuk sembilan bekas ais krim bersaiz 1.5 liter dan kek.
Lebih melucukan, Christian menetapkan alamat tempat bapanya bekerja iaitu di Balai Bomba Newtown untuk penghantaran kesemua gelato tersebut.
Sementara itu, UberEats bersetuju untuk memulangkan semula duit Kris selepas dia dan isterinya menjelaskan perkara yang berlaku.
Sumber: Utusan |