View: 3855|Reply: 41
|
Kilang Kisar Cili Tepi Tandas Sampai Air Terpercik Dalam Mesin, Penuh Tahi Tikus Dan Lipas
[Copy link]
|
|
Georgetown: Kisar cili tepi tandas. Itu gambaran keadaan menjijikkan dikesan di sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap yang diserbu pihak berkuasa.
Premis itu antara dua kilang di Jalan Patani, di sini, yang diserbu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Bersih.
Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya khuatir air di tandas berkenaan terpercik ke dalam pengisar cili berkenaan sekali gus boleh menyebabkan keracunan akibat bakteria e-coli.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, ketika pemeriksaan pihaknya menemukan najis tikus di beberapa tempat perapan selain beberapa bekas penyimpanan cili boh dan kicap yang tidak bertutup.
"Selain bahan makanan yang diletakkan di atas lantai, kita dapati keadaan lantai di hadapan tandas dan mesin pengisar agak lecak dan dikhuatiri air itu terpercik ke dalam mesin pengisar.
"Bekas gentian kaca yang digunakan bagi proses perapan kicap dan cili juga tidak sesuai digunakan dan dikhuatiri mereput, menyebabkan pencemaran dan keracunan," katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, pemilik kilang itu memaklumkan premisnya sudah beroperasi hampir 100 tahun dan diusahakan empat generasi keluarga itu selain memberitahu, cili dan kicap berkenaan dipasarkan di sekitar negeri di utara.
Dalam serbuan kedua di sebuah kilang mi sanggul pula, katanya, pihaknya menemukan tikus dan lipas di bahagian stor penyimpanan bahan makanan.
Katanya, selain berkarat, troli yang digunakan bagi meletakkan mi sanggul itu tidak bertutup dan dialas menggunakan kertas surat khabar.
"Turut ditemukan ialah kotak racun dalam stor penyimpanan makanan dan kita sudah mengarahkan supaya ia diasingkan bagi mengelakkan keracunan makanan.
"Kedua-dua kilang terbabit masing-masing menerima tiga dan satu kompaun mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM9,000 selain diberi notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.
Difahamkan, pemeriksaan pernah dilakukan terhadap kedua-dua kilang itu pada tahun lalu, namun keadaan masih tidak berubah.
Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir berkata, berikutan kilang mi sanggul berkenaan mempunyai sijil halal dan logo Makanan Selamat Tanggungan Industri (MeSTI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan memanjangkan isu mengenai tahap kebersihan kilang mi sanggul berkenaan kepada pihak terbabit.
"Kita memandang serius perkara ini dan penggunaan logo itu mesti ditarik balik kerana mengelirukan pengguna, sehubungan itu kita syorkan syarikat lain yang mempunyai sijil halal dan MeSTI supaya sentiasa menjaga tahap kebersihan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kotornya! nampaknya penguatkuasa kena selalu buat spot check mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
macam kuil kelly pulak main claim 100 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Brand ape ni...nasiblah lah tak pernah beli mi sanggul |
|
|
|
|
|
|
|
Brand apa
Lingham.ke?huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dh...'didapati bersalah'...habaq la brand apa...hukum tp bagi 'orng mkn'...apa hala tujunya??? |
|
|
|
|
|
|
|
haishh cuba la inform terus apa jenama-jenama tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
So dah 4 generasi pengotorla? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus penguatkuasa penang. Buat kerja. Byk check premis kotor. Tp tula asyik nk rahsiakn nama premis |
|
|
|
|
|
|
|
Evil punya enforcement kere
X habis susahkan rakyat
Dah terbukti
Bgtau nama la
Tukar undang2 bodo x leh reveal nama Co
Dah sah2 kotor
Gila ke apa
Nama negara Islam
Kebersihan failed dr kayangan sampai ke ummah miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut aku lalu pagi tadi, ramai wartawan kerumun takde sop. Memang kena dah ni.. ala RM9k nk rasa ape sgt laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa suspek Lingham's?
Saje checked alamat Lingham's...
Lot 1956
Jalan Bangi Lama Batu 1 1/2
43500 Semenyih
Malaysia
So bukan Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu Lingham's ada HAACP, macam rasanya takkan nak ambil risiko premis kotor macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi jenama ape ni? Kena share laa utk rakyat berwaspada apooo laa senyap rahsia bagai tu |
|
|
|
|
|
|
|
Urghhhhhhhh... tak pernah beli cili kisar.. basuh, rebus dan blend sendiri je selama ni sejak kecik... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan company orang melayu or india ni. Orang dekat2 situ tau kilang tu memang kotor. Produce cili kering tu tak pasti. Yang tau kicap & sos je. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Pinang dengan kilang kotor berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
kalau google kat situ jumpa kilang cina je..
satu memang kilang buat kicap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa yg biat benda taik sebegini pasti brand xkenal. Maklumlah, nak apply sijil bersih pon xmampu, setakat tepi longkang jah buat cili. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|