Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini.
Rata-rata mangsa banjir berasa teruja dan terharu dengan kehadiran isteri Perdana Menteri serta anaknya menyantuni dan bertanya khabar keadaan mereka di PPS.
Nina Sabrina (kiri) dan Muhaini melawat mangsa banjir di PPS.
Muhaini dan Nina Sabrina turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada para mangsa yang masih dibelenggu kesulitan akibat musibah banjir.
Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak pagi tadi bermula di PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.
Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah S.W.T.
Sumber: K! ONLINE |