View: 928|Reply: 6
|
Sel Otot Manusia Dihantar Ke Angkasa Lepas Untuk Hidup Lebih Lama
[Copy link]
|
|
Beberapa sel kecil otot manusia akan ‘diterbangkan’ ke angkasa lepas dalam satu eksperimen yang dapat membantu manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat, lapor akhbar Daily Star semalam (kelmarin).
Projek bernilai £1.2 juta (RM6.7 juta) yang ditaja Agensi Angkasa Lepas Britain itu menyaksikan sebuah kapsul dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Florida, Amerika Syarikat, hari ini (semalam).
Kredit foto: Daily Mail
Menerusi projek digelar MicroAge itu, sel manusia yang dihasilkan di dalam makmal yang bersaiz sebutir beras akan diletakkan di dalam bekas kecil bersaiz pengasah pensel.
Ketika berada di angkasa lepas, ia akan dirangsang oleh tenaga elektrik untuk menghasilkan pengecutan dalam tisu otot. Para saintis seterusnya akan memantau tindak balas yang berlaku.
Eksperimen itu akan digunakan bagi memahami situasi yang akan berlaku kepada manusia ketika proses penuaaan.
“Proses penuaan merupakan satu daripada cabaran terhebat bagi abad ke-21.
“Kita akan mempelajari tentang bagaimana otot bertindak balas ke atas graviti mikro dan penuaan daripada data yang dikumpul dalam kajian ini,” kata seorang penyelidik, Profesor Malcolm Jackson dari Universiti Liverpool.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 usaha mereka untuk kekal selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
Acu test sel otak menteri2 malaysia. Mesti lama idup nya sbb extremely under utilized |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar lah sampai langit ke tujuh sekalipun sel-sel otak mereka tetap tidak berhubung
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih rela duduk kat bumi dan dapat berak kincin secara normal dan aman |
|
|
|
|
|
|
|
Saraf otot tebal jadi chemical signal cepat sampai
Saraf deria sakit nipis sebabtu lambat sikit manusia feel 'pain'. Pheripheral nervous system |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 22-12-2021 12:29 PM
On a serious note.... Space exploration ni sbrnnya is not really about exploring sana.. is more about technology advancement to get there... bak kata John F Kennedy "aim for the moon".. think like a rocket scientist
In order to get there, kita akan develop many technologies, IP.... sebagai contoh,.. the flexible screen in your galaxy Z3 flip tu, that technology was already developed 40-50 years ago by NASA... cuma lately baru being commerciallized because 40 years ago it was expensive to produce the flexible laminate /screen... the cost was 500 times greater, back then... so the polymer engineering mmg developed bila kita aim for the moon, mcm itu lah juga how US encourages innovation through NASA |
|
|
|
|
|
|
| |
|