View: 1819|Reply: 6
|
Pusat Beli Belah Di Setia Alam Gempar Kereta Di Parkir Terbakar
[Copy link]
|
|
Suasana di sebuah pusat beli belah di Setia Alam gempar apabila sebuah kereta terbakar di parkir premis itu, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu melibatkan Proton Waja yang dipercayai mengalami kebakaran pada bahagian enjin.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi disertai sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik.
“Setibanya di lokasi, anggota kita bersama sebuah jentera bomba segera memadamkan kebakaran itu. Ia melibatkan 40 peratus kebakaran dan berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Tambah Norazam, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan pemandunya sempat keluar dari kereta tersebut.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 49 saat memaparkan beberapa individu sedang memadamkan kebakaran kereta itu dengan menggunakan alat pemadam api.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kereta dah lama pasti ada masaalah pedawaian |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kat lotus je.. Tengok baju staff tu baju lotus |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya tgh syok2 shopping jd camni pula |
|
|
|
|
|
|
|
AKAZ85: Macam kat lotus je.. Tengok ba ...
Ohh tak terfikir pulak lotus..nasib baik tak de mangsa cedera ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang memang kereta mudah terbakar ke macam mana??? kereta aku pun terbakar bulan 9 hari tu... saga blm... terbakar masa tengah parking at opis... memang parking dari pagi... dalam setengah jam lagi nak balik, dengar diaorang kecoh-kecoh bagitau ada kereta staff terbakar... aku gi intai kat tingkap, rupa-rupanya kereta aku yang terbakar... habis bahagian enjin... total lost... nasib baik tak sempat merebak sampai ke tangki minyak... kalau tak, opis pun terbakar sama sebab parking betul-betul tepi bangunan pejabat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|