CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 7

Lelaki Simpan Duit Curi Di Bank Sama Dirompaknya

[Copy link]
Post time 24-12-2021 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Seorang perompak ditahan polis selepas dia didapati menyimpan wang tunai menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank yang dirompaknya.


Menurut polis Delaware, lelaki itu merompak bank Wells Fargo di Old Capitol Trail di New Castle, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.


Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai McRoberts Williams.




Kredit foto: Daily Mail




Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu menyerahkan nota kecil kepada juruwang yang memaklumkan dia mahu merompak bank tersebut pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan.


Juruwang itu kemudiannya menyerahkan sejumlah wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Williams sebelum dia meninggalkan bank.


“Selepas keluar dari bank, suspek menyimpan sebahagian daripada duit tersebut di mesin ATM yang terletak di luar premis sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki.


“Polis yang berasa curiga melihat tingkah lakunya terus mengejar suspek sehingga dia ditahan,” jelas jurucakap polis.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo.. bodohnyaa.. curi dah pandai
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:59 PM | Show all posts
Seronok sangat dapat duit sampai lupa masih belum jauh dari tempat kejadian mana tak cepat dicekup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 02:31 PM | Show all posts
Hahahaha.....iols x tau nk ckp ape? Tp polis tu mmg cekap!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo [em:10:]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:52 PM

..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2021 04:37 PM | Show all posts
A bank kena rompak
B bank terima duit rompakan
C Bank dapat balik duit rompakan
D Perompak keluar masuk duit dalam dari/ke bank
E Duit Rasuah masuk bank
yg mana betul ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:29 PM | Show all posts
senangnya juruwang serahkan duit, dia acu pistol ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.216092 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list