View: 1796|Reply: 8
|
Kucing Selalu Singgah Makan Datang Dengan Kesan Calitan Merah, Kerja Siapa Ni?
[Copy link]
|
|
Kehadiran seekor kucing dengan calitan berwarna merah pada tubuhnya menjadi misteri buat seorang wanita yang sering memberi makanan kepada kucing jalanan tersebut.
Berkongsi video kucing terbabit, di media sosialnya, Norhidayu Baharudin, 26 yang menyewa di Taman Bernam Jaya, Selangor bagaimanapun mengesyaki haiwan tersebut menjadi mangsa aniaya individu tidak bertanggungjawab.
Kredit foto: TikTok
"Aku tak faham dengan manusia yang buat kucing macam ni? Simbah sirap dekat kucing? What the?!" tulis di media sosialnya.
Bercakap kepada mStar, Norhidayu yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Slim River, Perak berkata, dia dan keluarganya baru sahaja menyewa di taman tersebut sekitar setahun lepas.
Jelasnya, dia sering ternampak beberapa ekor kucing terbiar di kawasan belakang rumahnya.
Namun, katanya, ada seekor kucing berwarna putih yang sering datang ke rumahnya dalam keadaan comot.
"Saya ambil inisiatif untuk bagi ia makan, tapi saya memang tak berniat untuk bela, yang datang selalu dalam lima atau enam ekor.
"Kucing yang saya share di TikTok tu sebelum ni saya kerap nampak ia datang makan dengan keadaan dahi bercalit merah, saya anggap mungkin ada orang main dengannya, tapi kucing tu tak manja sebab akan lari setiap kali saya mendekatinya, mungkin dengan orang lain okay.
"Calit merah tu saya rasa mungkin sirap, tapi tak boleh nak confirm, cuma warna tu lama-lama hilang sendiri," katanya.
Bagaimanapun, wanita ini semakin keliru apabila melihat kesan calitan itu semakin menjadi-jadi.
"Saya terdetik nak ambil video kucing tersebut sebab terkejut sangat bila tengok ia datang dalam keadaan hampir separuh badan dipenuhi warna merah.
"Hari ni (Selasa) warna hitam pula, macam baru balik dari bengkel, aduh, rasa macam nak ketuk kepala orang yang buat macam tu pada si kucing tu," katanya.
Norhidayu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai untuk jangan sesekali menganiaya haiwan walaupun buka pencinta haiwan.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Buritan at 24-12-2021 09:37 PM
Tak pe laa setakat conteng aje.. dibantainya pukul |
|
|
|
|
|
|
|
Siyal tau manusia yg buat ni...
Kucing tu dok menjilat bulu dia nak bersihkan warna tu.. kot2 bahan dlm warna tu bahaya utk kucing.. Dia sakit lepas tu kau mana tau..Cuba org lain simbah pewarna merah kat satu badan kau.. Lepas tu suruh kau jilat satu badan..
Mak doakan manusia yg buat ni mampos je |
|
|
|
|
|
|
|
Macam le tak ada kertas nak diconteng kucing jugak jadi tempat lepas contengannya |
|
|
|
|
|
|
|
sirap bandung ke dekk? sirap bukan kaler merah pekat ke? yang kat meow tu kaler pink jah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam pemerhatian aku, perbuatan pelik2 dah boleh nampak karma yg dilalui oleh pelaku. Setiap kerja ada upahnya. Kerja memaki dalam hati pun ada upahnya.
Awas |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan pencinta hewan tp tak sanggup nk aniaya dia...kalau aku geram bila dia berak kt laman, aku siram air je kat dia bg mandi |
|
|
|
|
|
|
|
Pmbuli kucing lah tu, smoga idup c plaku x slamat smpai bila2. |
|
|
|
|
|
|
|
naya binatang ni kejap je dapat balasan sis
tak percaya boleh try
|
|
|
|
|
|
|
| |
|