"Kenapa saya kena gunakan Datuk Rizal Mansor sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya,” kata Datin Seri Rosmah Mansor ketika prosiding bela diri kes rasuah membabitkan projek hibrid solar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada Jumaat.
Ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak perlu menggunakan Rizal kerana saksi pendakwaan ke-21 (SP21) hanyalah seorang pekerja biasa.
Kredit foto: The Edge Market
Menurut Rosmah, beliau boleh meminta bantuan daripada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga seorang Perdana Menteri ketika itu.
Akrdiben: Ketika pemeriksaan balas lalu, pasukan pendakwaan mencadangkan Datin Seri berunding dengan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin (SP17) berhubung suatu projek. Datin Seri ingat?
Rosmah: Ya, saya ingat.
Akrdiben: Jawapan Datin Seri ketika itu, tidak sama sekali. Boleh jelaskan apa maksud Datin Seri ketika itu?
Rosmah: Saya tidak terima rasuah seperti mana yang dinyatakan dalam mahkamah iaitu RM1.5 juta dan RM5 juta, saya tidak pernah minta dia berunding bagi pihak saya. Siapa Rizal Mansor, dia cuma seorang pekerja biasa.
Selain itu Rosmah berkata, suaminya turut memaklumkan, jika ada mana-mana pihak (kontraktor atau ahli perniagaan) datang kerana memerlukan sesuatu, mereka diminta untuk bertemu dengan beliau sendiri.
“Ini kerana beliau (Najib) beritahu, saya hanyalah seorang isteri Perdana Menteri dan biar dia buat kerja dan saya hanya perlu tumpu pada isu kebajikan.
“Datuk Seri Najib ini, seorang yang cakapnya lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya), dia bercakap dengan saya dengan sangat baik, tetapi saya tahu apa yang dia maksudkan,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmah berkata, pertuduhan yang dikenakan merupakan satu konspirasi terhadap diri dan keluarganya selain bertujuan untuk memalukan suaminya.
Ia selepas Akberdin bertanya, ada beberapa individu menjadikan Rosmah sebagai kambing hitam.
Rosmah berkata, Rizal, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad menuding jari padanya kerana mahu dilepaskan daripada pertuduhan.
Kredit foto: The Edge Market
“Keempat-empat individu ini patut didakwa atas kesalahan yang dilakukan, tetapi mereka hendak lepaskan diri daripada didakwa kerana sudah melanggar tatacara serta undang-undang.
“Dia (Rizal) penipu dan itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dengan menjadi saksi utama pendakwaan.
“Saya yang jumpa dua individu ini (Saidi dan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah) kurang dua tiga minit, tapi saya pula yang kena,” katanya.
Rosmah, 70, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah dituduh melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.
Ia turut mengaitkan isu dua saksi iaitu serta kenyataan Rosmah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Oktober 2018 lalu.
Prosiding kes bersambung 10 Januari tahun depan dengan Najib dijangka memberi keterangan.
Post time 24-12-2021 08:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam thread ni ramai yang pernah terpengaruh dengan fitnah rosmah menabung dari kecil
Dorang masuk thread ni untuk cari fitnah baru agar mampu justifikasi kebencian mereka terhadap rosmah yang sudah terpatri dalam hati walaupon jauh di hati mereka tahu rosmah tak pernah bunuh altantuya dan buat statement menabung dari kecil
“Datuk Seri Najib ini, seorang yang cakapnya lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya), dia bercakap dengan saya dengan sangat baik, tetapi saya tahu apa yang dia maksudkan,” katanya.
Post time 25-12-2021 12:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Orenn1: Kak mah drama lah ko ni, bini2 ...
Yg xtahan kata hanya tumpu Hal kebajikan
Dah tu yang ko pergi deal meeting Sana sini jumpa org psl projek ni dh kenapa..ko kata ko inesen..tp mana2 program semua ko masuk campur siap lg bt program permata walhal Itu dh masuk Hal pendidikan negara..bkn kebajikan..
Nk tipu pun biarla cerdik..now twist konon suara may I advise u bkn ko punya..adoiii.. afterthought sungguh!