Banjir besar dalam sejarah yang melanda Lembah Klang Sabtu lalu telah mengejutkan orang ramai kerana ramai tidak menyangka banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut ditenggelami.
Dikala bencana itu berlaku dengan agak cepat dan banyak kawasan tenggelam hingga paras bumbung rumah, ramai pihak mempersoalkan di mana perginya agensi keselamatan yang sepatutnya segera membantu mangsa yang dalam bahaya dan kelaparan.
Rata-rata di media sosial netizen memuat naik posting memaparkan orang awam yang bertungkus lumus memberi pertolongan kepada mangsa banjir dan tak kurang juga yang membuat posting sindiran mempersoalkan dimana agensi keselamatan ketika itu.
Antara artis yang memuat naik posting "double meaning" seolah mempersoalkan keberadaan aset-aset agensi keselamatan ketika itu adalah Caprice dan juga Fadzil Zahari.
Bengang dengan tindakan itu, seorang bekas pegawai TUDM iaitu Capt (R) Raeiz Hamed RMAF melalui aplikasi TikTok mendesak mereka membuat permohonan maaf kepada semua agensi keselamatan yang menerima sindiran itu.
Menurut beliau, bukan semua aset milik anggota keselamatan sesuai untuk digunakan menyelamatkan mangsa banjir lebih-lebih lagi kereta kebal seperti mana yang dimuat naik dalam posting Caprice.
"Terutamanya aku nak shout-out sikitlah dekat Caprice ni. Kau pernah masuk tentera ke?
Kau tahu ke prosedur nak menggerakkan aset-aset military ni"
Kau tahu tak ada aset-aset yang kau upload dekat posting kau tu sebenarnya tak sesuai untuk bantu mangsa-mangsa banjir"
Kejadah apa kau nak gerakkan kereta kebal masuk ke kawasan banjir" katanya.
Beliau juga turut meminta netizen melihat dan nilai sendiri posting artis tersebut sama ada patut atau tidak patut mereka membuat posting sindiran seperti itu kepada pasukan keselamatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasa kesal dan geram dengan sindiran itu.
Apa pun, sepatutnya isu tunding jari ini tidak berlaku disaat kita semua ditimpa bencana. Lebih bagus turun sendiri bantu mangsa banjir dan lihat apa sebenarnya berlaku bukan hanya kondem di media sosial saja. Apa pula kata korang? - CARI
|