View: 1005|Reply: 2
|
Tak Serik, Lelaki Ditahan Hantar Gambar Dan Video Alat Sulit Di Onlyfans
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 22 tahun ditahan kerana didakwa menghantar bahan lucah melalui platform dalam talian, OnlyFans.
Pada 4 September lalu, menerusi satu kenyataan, polis menerima laporan lelaki itu menghantar bahan lucah dalam bentuk imej dan video alat sulitnya melalui akaun peribadi OnlyFans.
Gambar hiasan
Bagi tujuan penyiasatan, akaun tersebut dirampas pada 11 Oktober lalu dan lelaki itu diarahkan supaya tidak mengakses akaun tersebut.
Sebarang pelanggaran perintah itu akan menjadi satu kesalahan jenayah.
“Walaupun begitu, lelaki itu didakwa menulis surat kepada pentadbir OnlyFans, mendakwa akaunnya tidak selamat dan penetapan semula kata laluan telah dilakukan.
“Lelaki itu kemudian mendapat semula akses akaun itu dan didakwa menghantar lebih banyak bahan lucah secara elektronik menggunakan akaun berkenaan dan akaun kedua lain,” kata polis.
Pada 1 November, lelaki itu menerima arahan baharu untuk tidak mengakses kedua-dua akaun OnlyFans.
Dia akan didakwa atas dua kesalahan menghantar bahan lucah secara elektronik melalui dua akaun OnlyFans.
Setiap kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda, atau kedua-duanya sekali.
Jika didapati bersalah kerana gagal mematuhi perintah untuk tidak mengakses akaun OnlyFans miliknya, lelaki itu boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$5,000 (RM15,439.84), atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
negara mana ni tak kabor pun apa la wartawan ni dah isi boreang kpi le tu buat kerja x habis |
|
|
|
|
|
|
|
berita spore ler ni.. tak berita indon, berita spore |
|
|
|
|
|
|
| |
|