View: 2928|Reply: 32
|
Bukan Sebab Pembalakan, Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Karak
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Kepala air yang berlaku selepas hujan lebat dikenalpasti punca longgokan sisa pokok dan balak terdampar di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Karak, Bentong hingga menyebabkan laluan terbabit ditutup sementara beberapa hari.
Kejadian kepala air yang terlalu deras itu datang dari Sungai Kerau, selepas hujan lebat turut membawa bersama balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak-Pelangai, berhampiran kawasan itu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mencari punca berlakunya kejadian balak dan sisa pokok hanyut di dua tempat terbabit.
Foto: FB
Menurutnya, hujan lebat selama tiga hari berturut-turut bermula 16 Dis yang menyebabkan paras air Sungai Temeriak meningkat secara luar biasa hingga berlakunya kejadian kepala air.
Katanya, peningkatan paras air sungai menyebabkan kadar kelajuan sungai terbabit menjadi amat tinggi, ditambah dengan sungai menuruni bukit mengakibatkan impak kepala air yang lebih kuat hingga membawa sisa kayu, pokok besar serta kejadian tanah runtuh.
“Pemantauan udara menggunakan dron telah dilakukan. Kita dapati tidak ada sebarang aktiviti pembukaan hutan di dalam Hutan Simpan Lentang.
“Kawasan Hutan Simpan Lentang dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air yang diwartakan semenjak 2002,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan Kampung Telemong, dekat Bentong hari ini.
Turut sama Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad dan Pegawai Hutan Daerah (PHD) Bentong, Haffiz Baharuddin.
Mohd Hizamri berkata, kepala air yang berlaku turut berpunca daripada Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang mengalir dari hutan Simpan Lentang yang kemudiannya melalui kawasan tanah milik sebelum tersangkut di jambatan.
Beliau menambah, antara bukti tidak ada aktiviti pembalakan di kawasan terbabit ialah pokok pelbagai saiz tumbang dan hanyut selepas tercabut bersama akar dan tidak ada kesan tebang.
Katanya, penduduk di kawasan terbabit turut melihat kejadian kepala air yang begitu deras dan menghanyutkan bersama balak termasuk sisa pokok.
“Saya berharap masyarakat tidak terus menyalahkan kerajaan dalam hal ini kerana kita sentiasa berusaha menjaga alam sekitar serta kepentingan masyarakat setempat.
“Kejadian banjir yang berlaku minggu lalu dianggap luar biasa berikutan hujan yang berlaku selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Sri Telemong, Yeong Onn Hong berkata, arus air deras membawa bersama sisa pokok yang patah dan tercabut seterusnya tersekat dekat jambatan Kampung Sri Telemong.
“Di kawasan ini tidak terdapat aktiviti pembalakan dan sebagai penduduk setempat saya memberi jaminan kejadian balak hanyut disebabkan kepala air yang terlalu deras,” katanya.-CARI
Sumber: Freemalaysiatoday |
|
|
|
|
|
|
|
Lawaklah......mcm lah org bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan.. hmm sembang noreen namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku try perati gambar2 tu kot pokok2 hidup yg tumbang dek hentaman kepala air.. tapi ternyata hanya debris kekayu, reranting kering belaka.. so nak nafi lagi bukan drp sisa2 pembalakan |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya di malaya kepala air dah mcm chain saw potong baekk balak2 tu.....yg jab hutan pekerja import dari bangla ke x tau beza? |
|
|
|
|
|
|
|
Hanyut kerana ada air. Betul la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
noreen mana bagi statement lahanjeng ni?bapak bengap srupa x payah la ko jadi pengarah negeri..buang duit je..bodo namampos.. |
|
|
|
|
|
|
|
sisa & kayu balak cantik dipotong tu semua turun sama hujan dari langit |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, peningkatan paras air sungai menyebabkan kadar kelajuan sungai terbabit menjadi amat tinggi, ditambah dengan sungai menuruni bukit mengakibatkan impak kepala air yang lebih kuat hingga membawa sisa kayu, pokok besar serta kejadian tanah runtuh.
Dh tu xkn air tu naik ke atas..mmg la turun bwh bawa sisa kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha
Ini lawak sensasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya pengarah perhutanan neg pahang ni punya jawapan.... |
|
|
|
|
|
|
|
korang ni konfem tak pernah masuk hutan
tak pernah tengok ranting/dahan/pucuk yang patah macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
gambar kat bawah ni baru betul kayu balak
besar2 dan cantik potongannya
banjir kat pahang ada tak kayu camni hanyut?
menghasut memang senang tuan2 puan2
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa pulak noreen nih..
. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok dekat google map pun dah jelas nampak.
Itu pun google map tu lama dah tak update. Yang baru ni lagi botak la kot.
Pemuja2 umno dan royal tak habis2 buat lawak bodoh kata tu ranting kayu je. Itu la sebab umno tumbang. Dah terang salah pun masih puja lagi.
Statements jabatan hutan pahang ni macam badut. Boleh nampak kot, ini bukan zaman 80 an. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak ada jawapan bernas elok berdiam dari bagi statement tapi jadi bahan lawak dek netizen |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 31-12-2021 12:52 PM
Sapa pulak noreen nih..
.
Budak yg termakan sandwich babi tuuu arrrr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa2nya kepala air tu ada mata, macam mata gergaji. |
|
|
|
|
|
|
| |
|