Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan kelihatan lebih kacak selepas menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram semasa membuat kemunculan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Buruh Korea.
Lapor Daily Star, kehadirannya ke mesyuarat itu merupakan kemunculan Jong Un buat kali pertama di hadapan orang awam sejak kematian bapa saudaranya, awal bulan ini.
Kredit foto: Reuters
Mesyuarat tersebut membincangkan perancangan pemimpin negara itu terhadap rakyat Korea Utara pada tahun mendatang.
Mesyuarat yang berlangsung sejak Isnin lalu melibatkan pemimpin kanan kerajaan dan jeneral tentera.
Butiran mesyuarat itu tidak didedahkan, namun berdasarkan laporan CGTN News, mesyuarat tersebut berkemungkinan besar membincangkan situasi ‘tegang’ makanan di seluruh negara dan strategi pembangunan jangka masa panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Gambar Jong Un pada 1 Januari 2019 (kanan) dan 6 Mac 2020 (kiri)
Jong Un sebelum ini dilaporkan memiliki berat badan sebanyak 140 kilogram dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter.
Media rasmi Korea Utara mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.
Kredit foto: AP
Jong Un dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun sedang mengamalkan diet sejak empat bulan lalu.
Sumber: Utusan |