CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 0

Buat Pemeriksaan Penyakit Kelamin, Undang-undang Baru Rusia Untuk Warga Asing Dikecam

[Copy link]
Post time 31-12-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Rusia menguatkuasakan undang-undang baru yang mewajibkan imbasan cap jari warga asing dan pelawat jangka masa panjang serta menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala.


Bagi individu yang tinggal lebih 90 hari di negara ini, mereka perlu menjalani pemeriksaan penyakit kelamin, batuk kering dan penggunaan dadah.


Bagaimanapun, beberapa kumpulan syarikat perniagaan, termasuk dewan perniagaan Jerman-Rusia di luar negara membantah penguatkuasaan undang-undang tersebut.




Kredit foto: Getty Images




Pengerusi Dewan perniagaan Jerman-Rusia, Matthias Schepp menggesa undang-undang dirombak semula kerana keputusan itu amat mengecewakan dan keterlaluan.


Kebimbangan juga dibangkitkan mengenai keadaan perkhidmatan kesihatan Rusia yang agak lemah serta kebimbangan terhadap perlindungan data yang longgar.


Pekerja asing perlu mengambil ujian pemeriksaan perubatan termasuk ujian darah, X-ray dan imbasan CT di pusat penghijrahan Sakharovo, 80 kilometer (KM) di luar Moscow.


Awal Disember lalu, Duta Amerika Syarikat di Rusia, Jason Rebholz berkata, undang-undang itu bersifat xenofobia dan menyukarkan lagi warga asing untuk tinggal di Rusia.


Sementara itu, Mika Beuster dari Persatuan Wartawan Jerman menegaskan kesihatan wartawan asing tiada kaitan dengan kerajaan Rusia dan mereka tidak perlu melalui undang-undang yang terlalu ketat itu.


Undang-undang itu ditandatangani oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa musim panas lalu yang akan berkuatkuasa, 1 Mac tahun depan.


Individu yang memasuki negara itu juga mesti menjalani pemeriksaan HIV dan Aids, batuk kering, kusta dan sifilis serta penggunaan dadah narkotik atau psikotropik serta bahan psikoaktif yang berpotensi berbahaya.


Kementerian Kesihatan Rusia pula menafikan laporan warga asing perlu mengulangi pemeriksaan setiap tiga bulan.


Dalam pada itu, pengecualian diberikan kepada  diplomat atau ahli organisasi antarabangsa dan keluarga mereka termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah serta warga Belarus.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.141712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list