View: 3299|Reply: 4
|
Betul ke kucing mengiau di tengah malam sebab nampak hantu? Ini penjelasannya
[Copy link]
|
|
Betul ke kucing mengiau di tengah malam sebab nampak hantu? Ini penjelasannya
Sabtu, 01 Januari 2022 10:30 AM
Oleh: MUHAMMAD NIZAR MOHD YUSOF
KADANGKALA kucing mengiau untuk menunjukkan mereka inginkan sesuatu atau untuk mendapat perhatian daripada pemilik mahupun kucing lain.
Menurut kajian, terdapat beberapa sebab mengapa kucing suka mengiau dan membuat bising di larut malam, antaranya ia norma kehidupan si bulus, malah menjadi tabiat haiwan itu untuk berburu pada waktu malam.
Selain itu, musim mengawan juga antara sebab mereka melolong dengan bunyi lembut seperti sedang memujuk.
Lapar juga menjadi punca utama kucing berbuat kekacauan untuk mendapatkan perhatian daripada pemiliknya.
Menurut laporan Cuteness, cara paling mudah berkomunikasi dengan kucing adalah dengan memahaminya terlebih dahulu.
Bagaimanapun sejauh manakah anda memahami situasi yang dialami kucing kesayangan lebih-lebih lagi jika si bulus mengiau pada waktu malam seakan-akan memberitahu apa yang dilihatnya.
Berikut adalah antara pemerhatian pakar mengenai tingkah laku kucing terhadap persekitarannya, termasuk
1. Kajian Nicholas Nicastro
Penuntut di Universiti Cornell dalam bidang komunikasi haiwan ini berpendapat kucing tidak memiliki bahasa.
"Bagaimanapun kucing mahir dalam mengawal manusia untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan," ujarnya.
Nicholas berpendapat, pada asasnya makanan, tempat tinggal dan kasih sayang manusia adalah penting untuk memahami kucing.
2. Penjelasan Suzanne Hetts
Hetts ialah seorang pakar tingkah laku veterinar yang diperakui baik di luar mahupun di media sosial.
Menyampaikan pandangannya menerusi The Humane Society of The united States, kata Hetts, kucing menggunakan suara untuk berkomunikasi lebih banyak dengan manusia berbanding sesama kucing di mana komunikasi adalah terhad dan hanya berlaku untuk mengelak pertembungan satu sama lain.
Dalam pada itu, apabila sesuatu yang asing di pandangan mata mereka, kucing akan mula memberikan tindak balas tidak normal seperti berbuat bising supaya orang yang sedang tidur mengalihkan perhatian kepadanya.
3. Pemerhatian John Bradshaw
Ahli anthrozoologist dan pengarang di Universiti Bristol ini telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan kucing liar dan mengesan si bulus mengiau.
Berdasarkan penemuannya, John mengesahkan teori Hetts mengenai tingkah laku kucing yang mengiau dipelajari dan dilakukan terutamanya untuk manusia adalah sahih.
Lain pula kisahnya apabila kucing terlihat sesosok bayangan yang pelik. Mungkin makhluk halus memiliki bentuk tubuh seperti manusia, namun wajah buruk memberikan reaksi penerimaan berlainan punca si bulus mengiau.
4. Dr Patty Khuly
Khuly menjelaskan bahawa sesetengah kucing menjadi sangat bising ketika mereka sedang berkeliaran, lebih-lebih lagi apabila memburu pada waktu malam.
"Bagi saya kucing yang meningkat usia boleh mendatangkan masalah, dan pergaduhan boleh berlaku secara tiba-tiba," jelas doktor haiwan ini.
Usia tua sering kali membawa penyimpangan kitaran tidur-bangun dan demensia dan ia biasannya berlaku pada kucing geriatrik iaitu kucing tua yang diberikan penjagaan rapi.
Tidak dinafikan sukar untuk memelihara sesetengah kucing, tetapi pastikan anda tidak menghukum si bulus dengan merotan dan membaling objek mahupun menyiram air kepadanya yang akan membuatkannya takut kerana hubungan rapat boleh berputik jika diberi kasih sayang dan perhatian selayaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya kucing akan berbunyi 'meow' samada dengan nada rendah, kuat mahupun memanjang untuk menjelaskan situasinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|