|
|
 Kredit foto: IG Noraniza
“Agak tidak adil untuk saya masuk (menyanyi di AJL36) secara tiba-tiba. Bagi saya jika penyanyi itu bagus dan boleh bawa lagu itu sampai ke Juara Lagu, rasanya biarlah mereka sahaja yang bertanding. Saya tiada masalah."
Memetik Media Hiburan, Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris tidak dapat beraksi di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) berikutan mengerjakan umrah.
Kata penyanyi asal lagu Intan Payung bersama Bunga itu, dia tiada masalah digantikan dengan penyanyi baharu, Amsyar Leee.
Lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik nukilan Bunga dan Siqma itu dipersembahkan Amsyar Leee bersama Bunga Isme dan berjaya lolos sebagai antara 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut diumumkan sejurus Saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36). - CARI
|
|