CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 0

Penganggur Mengaku Dera Anak 8 Tahun Guna Kabel Elektrik

[Copy link]
Post time 4-1-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen pada Selasa atas tuduhan mendera anak perempuannya berusia lapan tahun menggunakan sebatang kabel elektrik dalam satu kejadian, Disember lalu.


Tertuduh, 44, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Tertuduh semasa hadir di mahkamah bagi menghadiri prosiding perbicaraan mahkamah




Tertuduh berdepan hukuman penjara tiga tahun mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.


Tertuduh sebelum itu turut membuat rayuan supaya hukuman yang dikenakan terhadapnya dikurangkan memandangkan dia menyedari kelakukan berkenaan adalah salah dan sangat menyesali perbuatan tersebut selain berjanji tidak akan melakukannya lagi.


Mengikut fakta kes, tertuduh pada Disember tahun lalu di Kampung Sungai Kelong didakwa bertindak mengasari anak perempuannya kerana telefon bimbitnya mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal di beberapa bahagian badan.


Bertindak daripada maklumat pengadu yang juga anak kepada tertuduh, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Pasir Puteh telah menahan tertuduh pada 29 Disember jam 5.20 pagi di rumah berkenaan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080692 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list