View: 1031|Reply: 9
|
[Dunia]
Banyak Ikan Dikhuαtiri Mαbuk, 3,000 Liter Αrαk Dibuαng Dαlαm Terusan
[Copy link]
|
|
KABUL: Gambar dan video sepasukan ejen perisikan Afghanistan menjadi tular kerana membuang kira-kira 3,000 liter minuman kerαs ke dalam sebuah terusan.
Difahamkan, semua minuman keras itu dirampas melalui serbuan di ibu negara terbabit sebelum rakaman video yang dikeluarkan Direktorat Am Perisikan (GDI) menunjukkan ejennya menuang alkohol yang disimpan dalam tong ke terusan di Kabul.
"Umat Islam perlu benar-benar menahan diri daripada menghasilkan dan memasarkan arak," kata seorang ulama dalam video yang disiarkan agensi itu menerusi Twitter semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh agensi perisikan Afghanistan ketika pihak berkuasa Taliban berusaha membanteras penjualan minuman kerαs di negara tersebut.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila operasi serbuαn itu dilakukan mahupun minuman kerαs itu dibuang, lapor sebuah agensi sebagaimana dipetik daripada Berita Harian.
Namun, satu kenyataan dikeluarkan oleh agensi perisikan menyatakan tiga individu ditαhαn dalam operasi serbuan tersebut.
Aktiviti penjualan dan penggunaan αlkohol turut dilarang di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini. Namun, kerajaan baharu dibawah pimpinan kumpulan Taliban lebih tegas dalam menentangnya.
Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan 15 Ogos tahun lalu, kekerapan operasi serbuan termasuk terhadap penαgih dαdαh semakin meningkat di seluruh negara.
Malah, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat kerajaan Taliban juga mengeluarkan beberapa garis panduan yang mengehadkan peranan wanita.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Taliban mengarahkan pemilik kedai di wilayah barat Herat memenggal kepala patung hiasan yang dipamerkan di premis masing-masing kerana dianggap sebagai 'berhala'. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun tajuk.. hahaha
aku tengok video tu penguatkuasa dia masih memegang senjata untuk berperang dan berpakain tentera. knp tak cuba bagi mesej dengan perlahan-lahan alihkan kuasa penguatkuasaan ini kepada badan yang lebih sesuai...bina kerajaan yang properlah bila dah dapat kuasa pemerintahan, takkan semuanya tentera disuruh buat semata-mata nak bagi warning boleh berperang bila-bila masa sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa rasa taliban sekarang ni dipihak benar..dulu kan kata bawah tajaan US
pening betul apa jadi di tebing barat..macam2 versi cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la buang dalam tu.. Buang atas pasir pun meresap jugak |
|
|
|
|
|
|
|
sikatkutu replied at 4-1-2022 05:42 PM
ntah kenapa rasa taliban sekarang ni dipihak benar..dulu kan kata bawah tajaan US
pening betul apa ...
Ha la memang pun, hat sapa dulu dulu tau la cita ni. Depa ni dulu dok perang dengan rusia, kebetulan masa tu kan perang dingin rusia dengan us. Jadi us dok bagi depa senjata nak sokong usaha depa jatuhkan rusia masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
seblm pengganas america el kafirun serang .. aman2 sj Afghanistan di perintah oleh Taliban |
|
|
|
|
|
|
|
BungaTepiMeja replied at 4-1-2022 08:13 PM
Kenapa la buang dalam tu.. Buang atas pasir pun meresap jugak
Nanti biawak dhob pulak Yang mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg menuang arak ke dalam longkang tu dikira berdosa jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
taliban dan kebodohan berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
tak minum arak pun otak mengalahkan orang mabuk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|