Sumber: Tiktok Young Medina
Sering kali kita mendengar ungkapan ‘manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya’. Begitu juga dalam urusan jodoh. Sebaik mana pun perancangan kita, jika takdir yang tertulis bukan dengan pilihan hati maka tidak akan bersatu jua akhirnya.
“Lepas solat Jumaat, kawan ajak pergi satu tempat…Rupanya datang ziarah pusara GF dia”
Kisah sedih dikongsikan Young Medina di TikTok yang mendedahkan seorang sahabat amat setia dengan bekas teman wanitanya.
Pada suatu hari selepas menunaikan solat Jumaat, rakannya itu mengajak ke sebuah tempat. Dia menyangka ingin ke kedai makan, rupanya lelaki itu singgah ke pusara gadis yang dicintai selama ini.
“Rupanya jauh di sudut hati masih rindukan orang yang dia sayang…Dah janji nak kahwin, tak sangka ajal jemput dulu. Rasa sayang tu masih kuat”
Menurut pemilik video ini, pemuda itu cuba untuk berhibur dengan rakan-rakannya yang lain sejak beberapa hari lalu. Namun, siapa sangka jauh di sudut hatinya, dia masih merindui gadis kesayangannya. Pernah berjanji untuk menghalalkan hubungan, ternyata Tuhan lebih menyayangi teman wanitanya.
“Sebaknya tengok ni…Aku pun dah rasa. Kekasih aku pergi buat selamanya lepas hantar aku balik dari makan”
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berasa sedih membayangkan perasaan yang ditanggung pemuda berkenaan. Bukan itu sahaja, ternyata ramai juga antara mereka berkongsi pengalaman merasai perpisahan dengan insan istimewa disebabkan ajal.
Sumber: Tiktok Young Medina
Moga diberikan kekuatan pada mereka untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. - CARI |