CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 6

Bekas Atlet Pernah Dibuli Sebab Penyakit Pelik Tak Boleh Senyum

[Copy link]
Post time 5-1-2022 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita New Zealand dilahirkan dengan sindrom ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh senyum, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Tayla Clement, 24, menghidap gangguan neurologi dinamakan  sindrom Moebius yang menjejaskan otot-otot kawalan ekspresi muka dan pergerakan mata.




Kredit foto: Jam Press/@taylaclement




Akibat penyakit itu, Clement menghabiskan seluruh hidupnya tanpa dapat menggerakkan mata, mengangkat kening atau menggoyangkan bibir atasnya.


“Ia tidak selalunya mudah. Saya menghabiskan bertahun-tahun membenci senyuman saya, berharap saya mempunyai senyuman ‘biasa’ dan berharap diri saya tidak wujud. Namun, dengan beberapa keajaiban, saya masih di sini,” kata wanita itu yang juga merupakan seorang atlet.




Kredit foto: Jam Press/@taylaclement




Sindrom Moebius tidak mempunyai penawar, namun gejalanya boleh dirawat.


Pada usia 12 tahun, Clement menjalani ‘pembedahan senyuman’ di mana doktor memindahkan tisu lembut daripada paha ke wajahnya dalam usaha memulihkan senyumannya.


Bagaimanapun, prosedur tersebut gagal, menyebabkan Clement mengalami wajah yang membengkak dan lebam.


Dia kemudian turut menjadi mangsa buli kerana ‘wajahnya yang pelik’.


Kesan daripada itu, ketika berusia 18 tahun, Clement disahkan menghidap penyakit kemurungan yang teruk.




Kredit foto: Jam Press/@taylaclement




Wanita itu kemudian bersara daripada dunia sukan dan kini menyertai syarahan awam untuk memberikan inspirasi kepada orang lain yang mengalami kelainan wajah dan sindrom serupa.


“Menjadi sumber inspirasi, pemerkasaan dan harapan kepada orang lain adalah sangat menakjubkan,” kata bekas atlet itu yang mendokumentasikan perjalanan hidupnya buat 18,500 pengikutnya di laman Instagram.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam muka mike myers
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 11:42 AM | Show all posts
Kesianya.....seoga terus sukses
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur la kita dikurniakan wajah yg boleh senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 02:04 PM | Show all posts
Bagus dia kuat semangat malah sudi membantu yang lain pula
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg boleh senyum pn muka masam..tk bersyukur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2022 01:19 PM | Show all posts
sedih je tengok muka dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.240692 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list