View: 1221|Reply: 8
|
Baru Je Masuk Tahun Baru! Anak Beranak Terlanggar Lembu, Habis Kereta Jahanam
[Copy link]
|
|
Tahun 2022 yang baru sahaja membuka tirainya, pelbagai azam dan harapan untuk tahun 2022 lebih baik dari 2021 tetapi nasib tidak menyebelahi untuk sebuah keluarga yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.
kredit foto: kosmo
Menerusi satu rakaman dashcam kereta keluarga tersebut, kereta yang dipandu pada waktu Maghrib telah melanggar sekumpulan lembu sedang melintas jalan. Menurut dari temubual dengan mStar, Shida Wan Mohd menceritakan kemalangan itu berlaku di Jalan Pantai Merang, Setiu, Terrenganu dalam pukul 7.30pm, pada 6 Januari 2022. Shida memberitahu dia dan keluarganya dalam perjalanan ke rumahnya di Kuala Terengganu selepas melawat rumah keluarganya di Besut.
"Saya memandu kereta, suami bersama seorang anak berusia setahun di kerusi bahagian belakang. Anak sulung berusia tiga tahun di tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua anak ditempatkan pada carseat masing-masing manakala saya dan suami memakai seatbelt semasa kejadian."
Shida berkata dia tidak pasti sama ada dia nampak papan tanda peringatan kawasan haiwan melintas atau tidak, Shida juga menjelaskan yang di jalan itu kurang pencahayaan lampu jalan dan waktu itu sudah gelap jadi Shida turunkan highbeam light kerana ada kereta dari arah bertentangan.
kredit: instagram
Shida terkejut yang ada sekumpulan lembu yang meluru di tengah jalan dengan laju, walaupun sistem kereta itu dapat mengesan lembu tersebut tetapi ianya terlambat dan berlanggar.
Walaupun kereta modal Aruz mengalami kerosakkan yang teruk di hadapan, Shida bersyukur yang keluarganya selamat dan tiada sebarang kecederaan. Shida yang seorang peniaga reda dengan kemalangan itu berlaku, Shida akur kereta yang baru setahun dibeli itu terlibat dalam kemalangan dan mengambil iktibar kemalangan ini.
Shida menasihatkan semua penternak atau pengembala supaya menjaga mereka dengan baik dan berharap kes ini tidak berulang lagi. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah masuk jalan kampung tu, pandai-pandai la drive slow and hati-hati and extra alert..
dah tau perangai tuan ternakan macam mana kan..
jadi macam ni takde sapa pun nak ngaku itu lembu dia..
nak tak nak, kau kena tanggung sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lalu kawasan perkampungan tak ada papan tanda pun elok berhati2 sentiasa kurangkan kelajuan sebab banyak haiwan suka melintas. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh claim insurance kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Main road kt area kg2 ni especially yg xdak streetlights @ lampu dia xnyala mmg kna bwk hati2. Mcm2 ada. Yg bwk moto tp xdak lampu,dh dekat sgt br perasan,yg jln kaki kt bahu jln besa nk p surau/masjid mmg xperasan kadang tu,haiwan mcm ni lg la. Tau2 bdentum ja. Mujur family ni xdak apa. |
|
|
|
|
|
|
|
mujoq sangat anak2 dia pakai carseat, knowing mostly family luar klang valley kurang kesedaran sket pasal carseat ni, surprise gak diaorg sediakan
kalau x mungkin anak 3 tahun tu melantun ke depan..humangaih
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada Ustaz pernah cakap kalau haiwan peliharaan masuk berak kencing rumah orang lain maka pemilik haiwan tu akan tanggung dosa.
Ni kalau haiwan ternakan sampai menyusahkan orang lain, penternak tu dikira rancak berdosa juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni lah antara salah satu sebab aku tak suka memandu bila waktu dah gelap
hari tu aku terlanggar babi habis no plate dgn fog light pecah
jenuh jugak lah nak basuh kereta menyembur kesan kat cermin
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting semuanya selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|