View: 1187|Reply: 11
|
Sah Ke Perokok Jadi Wali?
[Copy link]
|
|
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi rangkaian media sosial terbaharunya, Maktabah Al-Bakri menjawab persoalan mengenai sah atau tidak perkahwinan berwalikan seorang perokok.
Dalam hal itu, tulis beliau, wali ataupun dalam bahasa arabnya al-Wali dari sudut bahasa bermaksud ‘dekat atau hampir’.
Gambar hiasan
Ia disebut ‘waliyyahu, walyan’ iaitu hampir kepadanya.
Dan ‘wali al-Amr’, apabila berurusan dengannya dan ‘tawalla al-Amr’ iaitu dilantik akan dia.
Dari sudut istilah, al-wilayah digunakan sebagai ketua yang tertinggi, qadi, tentera dan selainnya.
Terdapat pelbagai maksud yang digunakan pada kalimah wali atau wilayah, ia juga memberi maksud sebagai wakil atau penjaga seperti yang diibaratkan sebagai wali di dalam nasab keturunan, wakil dalam pembahagian harta dan lain-lain lagi.
Gambar hiasan/Selangor Journal
Selain itu, tulis beliau, pada maksud yang lain al-wilayah berlawan dengan al-A’dawah, secara asalnya ia bermaksud kasih sayang dan hampir. Dan maksud al-A’dawah ialah kebencian dan jauh.
Wali pernikahan pula adalah orang yang menentukan sahnya akad. Akad nikah tidak sah dengan ketiadaannya. Wali itu seperti bapa, orang yang diwasiatkan, karib kerabat yang dekat (al-Qarib al-Ashib), orang yang membebaskan hamba, penguasa dan raja.
Di samping itu jelasnya, terdapat beberapa ciri atau kriteria yang perlu ada pada diri seorang wali.
Antaranya, tidak melakukan sebarang dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencemarkan maruah seperti kencing di jalanan, dan seumpamanya.
Imam Ibn Hamdan Rahimahullah berkata: Setiap perbuatan dosa besar, sekali sahaja melakukannya telah menjadikan seorang itu jatuh fasiq manakala perbuatan dosa kecil, seseorang itu dikira sebagai fasiq sekiranya melakukannya sebanyak tiga kali.
Kredit foto: Maktabah Al-Bakri
Menjawab persoalan di atas, pernikahan yang berwalikan seorang perokok itu adalah sah.
Malah katanya, dengan syarat, wali tersebut terlebih dahulu memperbanyakkan amal soleh dan juga taubat, sehinggalah tiba hari pernikahan. Hal ini kerana seseorang wali yang juga merupakan perokok mempunyai kekurangan kepada sifat ‘adalah (keadilan) mereka.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ambik pendidikan Islam dari pra sekolah hingga tingkatan 5 pun boleh fikir jawapannya sah2 sah, nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan bapak yg xbyr nafkah ank, yg hilang pon boleh sah jd wali apatah lg setakat perokok. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-1-2022 03:36 PM
Tak ambik pendidikan Islam dari pra sekolah hingga tingkatan 5 pun boleh fikir jawapannya sah2 sah, ...
Mgkin sbb syarat sah wali kot. Xboleh org yg fasik. Elok ban bapak yg xbg nafkah, x contact ank2 lebih 3 thn tu auto jah gugur dari wali. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 12-1-2022 04:13 PM
Mgkin sbb syarat sah wali kot. Xboleh org yg fasik. Elok ban bapak yg xbg nafkah, x contact ank2 l ...
Kalau ikut betul syarat tu sis, matilah ramai bapak2 tak layak jadik wali. Yang tak bagi nafkaj, yang abai anak bini, yang kaki pompuan, yang tak reti shalat, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-1-2022 04:16 PM
Kalau ikut betul syarat tu sis, matilah ramai bapak2 tak layak jadik wali. Yang tak bagi nafkaj, y ...
Mmg patut xlayak sis. Dkt fb bukan main mengata org prempuan. X sedar diri masing2 xlayak pon jd wali ank. Tp sbb ulama n mufti ramai lelaki kan... dan sedar 90% x layak, terpaksa longgarkan syarat. X adil sgt ank prempuan yg terputus hubungan dgn ayah, kena cari sembah ratu bapak tu utk dptkan sign. Ada yg siap bg syarat byr 5k utk dia sign. Sbb tu i ckp, boleh jah ulama sepakat kalau lebih 3 thn ayah tu buat x tau & waris family ayah tu 2x5, auto gugur jah la wali tu terus direct je wali hakim |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 12-1-2022 04:19 PM
Mmg patut xlayak sis. Dkt fb bukan main mengata org prempuan. X sedar diri masing2 xlayak pon jd w ...
Patut wali yg mintsk bayaran ni auto gugur je hak dia sbb mcm dah termasuk dlm golongan fasik... |
|
|
|
|
|
|
|
aip. dulu masa belajar kata tak boleh. tak sah. ni dah boleh pulok
I very confuse. ikut je la kata mufti semasa. I tak berapa reti
tapi kalau ikutkan hati, memang tak bagi perokok, orang kencing berdiri ni jadi wali
nak solat jadi imam pun aku takmo |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 12-1-2022 05:06 PM
aip. dulu masa belajar kata tak boleh. tak sah. ni dah boleh pulok
I very confuse. ikut je la kata ...
Jgn extreme sgt dlm beragama bole takkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok tak boleh jadi wali? Bayangkan satu family perokok, hingga org di jabatan agama sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
mufti kata boleh, ikut je lahh
tapi kalau peribadi, kalau aku tau orang tu merokok atau kencing berdiri
kalau dia solat jadi imam, aku tak berani jadi makmum
sebabnya, merokok mufti dan ulama kata sepakat haram. tapi kenapa buat juga?
kedua, bab kencing berdiri. walaupun dah cuci bersih, tapi bila ada berlaku pergerakan, ada titisan air kencing yang keluar tercalit pada seluar/ seluar dalam. najis. takut tak sah solatnya pula. itu sahaja. tang mana extreme?
|
|
|
|
|
|
|
|
merokok membahayakan kesihatan = membunuh diri sendiri = dosa besar = tak layak jadi wali? |
|
|
|
|
|
|
| |
|