View: 5338|Reply: 7
|
[Lain-lain]
TERKINI 2024...Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan keperluan untuk mangsa...
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 1-12-2024 09:13 PM
Wang ihsan RM1,000 diperluas untuk Ketua Isi Rumah terjejas banjir Disember 26, 2021 @ 5:04pm
Mangsa banjir di Kampung Cennah, Jelebu membawa pulang tilam dan bantal disumbangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Rumah Prihatin pada Program Prihatin Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama mangsa banjir Jelebu di Balai Raya Kampung Cennah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat monsun timur laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI diberi bukan sahaja untuk KIR di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada KIR yang tidak berpindah ke pusat terbabit.
"(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000," katanya.
Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini.
Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Disember, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.
"Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan
sebenar," katanya. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa banjir Negeri Sembilan naik mendadak, daerah Tampin teruk terjejasShuhada Abdul Kadir
Januari 2, 2022 09:07 MYT
Tinjauan di sekitar daerah Tampin mendapati paras air di beberapa kawasan kediaman sudah surut tetapi hujan lebat masih berterusan pagi ini. - Foto Astro AWANI
TAMPIN: Angka mangsa banjir di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 1,666 mangsa setakat jam 8 pagi ini, yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.
Tujuh daripada jumlah PPS berkenaan dibuka di Tampin, yang merupakan daerah paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor kepada Astro AWANI pagi ini.
“Jika pada petang semalam hanya 239 mangsa dipindahkan ke 10 PPS, sehingga pagi ini, 1,666 membabitkan 413 keluarga telah diselamatkan ke PPS berhampiran, selain berlaku peningkatan paras air sungai.
“Buat masa ini PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelemah Gemas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 786 mangsa, diikuti PPS SK Agama Arab Jelai 4, yang juga di daerah Tampin ini, dengan seramai 266 mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata, lima PPS lain di daerah Tampin ialah di SK Keru, Surau Kampung Gedok, Dewan Semarak Air Kuning, SK Kampung Londah Gemas, Dewan Besar Gemas dan Dewan Hala Cara Gemas.
Paras air di Sungai Gemencheh juga melepasi paras bahaya 39.9 meter dengan bacaan semasa 39.76 meter.
Selain itu, terdapat juga insiden tanah runtuh di kawasan Kampung Jeram dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan selain laluan utama Tampin menghala ke Pekan Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah juga ditutup.
Katanya, daerah lain yang turut terjejas ialah daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.
Tinjauan Astro Awani di sekitar daerah Tampin mendapati meskipun paras air di beberapa kawasan kediaman sudahpun surut, namun hujan lebat masih berterusan sejak malam tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya Mohd Amin Jalil
[email protected]
[url=][/url]
DATUK Seri Aminuddin Harun. FOTO arkib NSTP
Seremban: Banjir yang melanda di tujuh daerah di Negeri Sembilan kini pulih sepenuhnya dan semua 44 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke PPS ialah seramai 3,627 orang daripada 957 keluarga.
"Alhamdulillah, banjir di Negeri Sembilan sudah pulih sepenuhnya dan semua 44 PPS yang dibuka di tujuh daerah iaitu Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Tampin, sejak 18 Disember lalu sudah ditutup.
"PPS terakhir yang ditutup ialah Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu. PPS yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah, Tampin yang merekodkan seramai 872 orang daripada 232 keluarga," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri menyalurkan bantuan banjir sebanyak RM1,000 kepada 4,149 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras DUN serta Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi terbabit sedang giat mengenal pasti mana-mana KIR yang dikhuatiri tercicir daripada menerima bantuan itu.
"Kita (kerajaan negeri) tidak mahu ada kalangan KIR yang menjadi mangsa banjir tercicir daripada menerima bantuan disediakan," katanya.
Aminuddin berkata, pihaknya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua agensi, jabatan serta individu yang terbabit sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri.
"Semangat kekitaan dan kebersamaan yang ditonjolkan itu haruslah dipelihara dan dipraktikkan bukan saja dalam keadaan bencana, malahan setiap masa," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMABernama
Januari 14, 2022 17:34 MYT
Enam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.
Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 17-1-2022 11:20 AM
Ramalan Cuaca Negeri
Negeri Sembilan
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 17/01/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° | 18/01/2022
Selasa |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 19/01/2022
Rabu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 20/01/2022
Khamis |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 21/01/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 22/01/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 23/01/2022
Ahad |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Negeri Sembilan
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 23/02/2022
Rabu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 24/02/2022
Khamis |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 25/02/2022
Jumaat |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 26/02/2022
Sabtu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 27/02/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 28/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 01/03/2022
Selasa |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° |
|
|
|
|
|
|
|
|
92 lokasi 'hot spot' banjir di Negeri SembilanSinar Harian
Disember 21, 2022 09:40 MYT
Seremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan merekodkan 92 lokasi 'hot spot' banjir di negeri ini.
Pengarahnya, Ir Saari Abdullah berkata, Seremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7.
"Ia diikuti Port Dickson (18 tempat) dan enam lokasi paling berisiko iaitu Taman Wawasan, Indah Jaya, Kampung Sri Parit, Kampung Paya, Taman Desa Permai dan Kampung Baru Si Rusa.
"Bagi daerah Rembau, terdapat 14 tempat dan lima kawasan paling berisiko iaitu Pekan Kita, Kampung Semerbok, Kampung Paabai, Kampung Batu dan Kampung Bintongan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, terdapat 10 lokasi hot spot di Jempol dan Jelebu manakala sembilan di Tampin.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Tambah beliau, bagi daerah Kuala Pilah pula terdapat empat lokasi 'hot spot' direkodkan dan Kampung Orang Asli Kelapi, Kampung Parit serta Kampung Tanjung Jati didapati paling berisiko.
Selain itu katanya, terdapat 26 sistem siren amaran banjir dan 11 kamera web yang dipasang di beberapa lokasi.
"JPS telah pun membuat pemeriksaan terhadap semua sistem amaran banjir yang disediakan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.
"Cuma kita harapkan penduduk dapat beri makluman segera jika alat itu didapati rosak atau tidak berfungsi supaya tindakan lanjut dapat diambil.
"Penduduk juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah bersiap sedia apabila keadaan hujan berterusan," katanya -Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah mangsa di Negeri Sembilan juga menunjukkan peningkatan kepada 2,252 mangsa daripada 632 keluarga di empat daerah dan ditempatkan di 24 PPS di daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson. |
|
|
|
|
|
|
| |
|