CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 1

Hidup tanpa boleh tersenyum

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

CLEMENT yang menderita sindrom Morbius kini bersara dari dunia sukan.

Wellington: Walaupun dilahirkan dengan keadaan tidak boleh senyum, bekas atlet kurang upaya New Zealand ini tetap tabah melalui kehidupan, hingga kisah kejayaannya memberi inspirasi kepada orang lain.

Sindrom Morbius yang dideritai Tayla Clement, 24, menyebabkan wanita itu perlu menghabiskan seluruh hidupnya dengan tidak dapat menggerakkan matanya dari kiri ke kanan, mengangkat kening, mahupun menggoyangkan bibir atasnya.

Clement berkata, dia pernah menjalani pembedahan memindahkan tisu lembut dari peha ke wajahnya, pada usia 12 tahun, dalam usaha untuk membolehkannya tersenyum.

Namun, prosedur itu gagal.

Katanya, disebabkan wajah pelik, dia sering dibuli ketika di sekolah.

"Saya diketawakan. Kanak-kanak akan menjerit di muka saya, dan mereka takut kepada saya tetapi kemudian melarikan diri sambil ketawa. Saya berasa sangat terpencil.

"Ia tidak semudah itu, saya menghabiskan banyak tahun dengan membenci senyuman ini dan berharap saya mempunyai senyuman normal," katanya kepada Jam Press seperti dilaporkan The New York Post.

Clement juga pernah mencuba membunuh dirinya sendiri sebanyak enam kali kerana didiagnosis dengan kemurungan teruk, kebimbangan serta gangguan disosiatif hingga membuatkannya meninggalkan pasukan renang.

Lapor Daily Star, perjalanan hidup Clement berubah apabila dihubungi Para Athletics New Zealand sebelum bersetuju kembali ke sukan olahraga dan menyertai acara lontar peluru.

Dia meraih tempat pertama dalam Kejohanan Negeri Victoria di Melbourne pada 2018, sebelum memecahkan rekod dunia pada Kejohanan Kebangsaan New Zealand.

Clement yang kini bersara dari dunia sukan aktif berkongsi mengenai penyakit kelainan yang dialaminya menerusi dokumentari kisah perjalanan hidupnya bersama 18,500 pengikutnya di Instagram.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:30 PM | Show all posts
xpe, asalkan hidup sihat ok jerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066688 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list