View: 815|Reply: 7
|
Air Kencing Mampu Cegah Covid-19? Ini Apa Akan Berlaku Pada Tubuh Jika Diminum!
[Copy link]
|
|
Pelbagai mitos disebarkan melalui media sosial yang kononnya boleh mencegah Covid-19 dan paling terbaru adalah minum air kencing sendiri dapat melindungi diri dari virus itu.
Tiada sebarang bukti secara saintifik mengatakan minum air kencing mampu mencegah dari wabak tersebut, tetapi banyak kesan negatif jika anda meminum air kencing.
kredit foto: MedicalNews
Pundi kencing mengandungi pelbagai bakteria dan di antaranya membahayakan kesihatan diri sendiri. Ketika air kencing memasuki pundi kencing, ia akan melarut bersama bakteria. Minum air kencing akan menyebabkan masalah penghadaman dan jangkitan kuman yang lain.
Air kencing mengandungi pelbagai bahan-bahan dan bakteria yang telah disaringkan yang perlu keluar dari badan manusia. Jika ia masih berada dalam badan manusia, ia boleh membahayakan seluruh sistem tubuh.
Minum air kencing itu akan menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja dua kali ganda untuk menyaring semula apa yang telah masuk dalam tubuh badan.
kredit foto: UCSF Health
Jika seseorang itu mengambil ubatan, kesan daripada metabolisme ubat itu akan keluar melalui air kencing. Minum air kencing sendiri akan mengubah dos ubat yang diambil.
Air kencing manusia selalunya mengandungi bakteria yang berbahaya seperti Salmonella, Pseudomonas, Shigella, Escherichia coli atau nama lainnnya E.coli Stafilokokus. Semua jenis bakteria tersebut boleh menyebabkan jangkitan terutama pada mereka dengan sistem kekebalan tubuh manusia yang lemah.
kredit foto: NewScientist
- Ubah keseimbangan elektrolit
Air kencing mengandungi garam dan elektrolit lain, jadi minum air kencing akan mengubah kadar elektrolit dalam tubuh badan manusia. Kandungan garam dalam air kencing juga bersifat diuretik (meningkatkan pengeluaran air kencing) yang akan meningkatkan risiko dehidrasi yang teruk.
Jadi, jika anda jumpa "petua" ini, sila tekan butang repot. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau urea industri ada yg consumable ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk movie Korea tajuk tunnel
Hero die dgn penguasa situ minum air kencing sndiri sbb heols terperangkap dlm runtuhan terowong lbh sebulan
Cuma die kata jgn minum right away dlm cup
Tp biar dh sejuk sikit br minum
Lg 1 movie 127 hours
Kisah benar
Aron Rolston stuck his hand kt batu besar
Masuk hr ke 5 dh xde langsung food and drink
The only choice he have drink his own urine
Dlm unfortunate situation mcm ni
It's OK to drink ur own urine
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa sekolah dulu cikgu kimia iols pempuan cainis ,die cakap sepatutnya Kita minum urine sebab baik untok kesehatan, kot2 Masih Ada nutrien Belum terserap olih badan gitu. Iols rela mati Dari minum urine |
|
|
|
|
|
|
|
Tongong btll |
|
|
|
|
|
|
|
bagi saya masa tiga bulan untuk fikir |
|
|
|
|
|
|
| |
|