View: 528|Reply: 0
|
Diculik sebelum diperkosa kerana tolak cinta!
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar daripada video tular yang menunjukkan mangsa diperlakukan kejam.
New Delhi: Akibat menolak cinta, seorang wanita menjadi mangsa dendam keluarga lelaki itu yang bertindak menculiknya sebelum dia dirogol dan diarak di jalanan.
Rakaman insiden itu yang dikatakan berlaku pada Rabu lalu di daerah Shahdara, Delhi timur, turut tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dan kritikan hebat Ketua Menteri Delhi dan Suruhanjaya Wanita.
Dalam video diperlihatkan wanita berusia 21 tahun dan mempunyai anak berumur dua tahun itu dilumur cat hitam pada muka dan rambutnya dipotong, selain beberapa wanita memukul serta menolaknya.
Orang ramai turut menyaksikan kejadian tetapi hanya bersorak dan merakam kejadian.
Polis melakukan siasatan dan menahan 11 individu termasuk wanita yang dipercayai terbabit kejadian berkenaan.
Deputi Komisioner Polis R Sathiyasundaram berkata, insiden berlaku akibat dendam lama, namun beliau tidak menjelaskan secara lanjut.
Laporan media tempatan bagaimanapun menyebut mangsa sebelum ini pernah menolak cinta seorang remaja berusia 16 tahun yang menyebabkan lelaki itu membunuh diri.
Semua pelaku termasuk yang merogol mangsa adalah ahli keluarga remaja lelaki berkenaan yang mahu membalas dendam.
"Kami sedang menyiasat video tular itu dan mengenal pasti semua pihak yang terbabit. Akan ada lebih ramai lagi ditahan," kata Komisioner Polis Delhi Chinmay Biswal kepada AFP.
Dalam pada itu mangsa memberitahu polis, dia diculik sebelum dirogol serta diheret dan dipukul dengan kayu.
Dia kini menerima rawatan kaunseling bagi merawat trauma dihadapi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|