|
Robness dari Amerika Syarikat menjual token non-fungible (NFT) iaitu gambar tempat sampah berharga AS$252,000 (kira-kira RM1.05 juta).
Washington: Seorang seniman di Amerika Syarikat menjual token non-fungible (NFT) iaitu gambar tempat sampah dengan harga AS$252,000 (kira-kira RM1.05 juta).
"Saya tidak ingat dari mana gambar itu berasal, saya fikir itu gambar carian dari Google," kata penduduk asli Los Angeles dikenali sebagai Robness berusia 38 tahun itu.
Gambar bertajuk '64 galon toter' itu menggambarkan tempat sampah plastik besar dengan kesan glitching sehingga memberikan penampilan psikedelik.
"Itu seperti seni kemarahan, saya marah berkaitan beberapa hal.
"Jadi saya memuatnaiknya sebelum ia dipadam. Mereka ingat saya mengambil gambar dari Home Depot dan melanggar hak cipta," katanya.
Katanya, tiba-tiba platform itu memuatnaik semula karyanya.
"Komuniti tidak menganggapnya sebagai seni", tetapi memuatnaiknya semula selepas dua tahun.
"Itu adalah salah satu dari tiga tempat sampah yang ada di SuperRare dan saya menjualnya kepada seorang pengumpul," kata Robness.
"Dia menghubungi saya kerana dia ingin tahu lebih banyak mengenai kisah ini dan kami berbual selama 30 hingga 45 minit serta seluruh kisah yang lucu dan dia tertawa hampir sepanjang waktu."
"Jadi dia ingin membelinya, saya memberinya harga," katanya.
Robness mengatakan dia melakukan pekerjaan sambilan dan tidur dalam kereta di tepi pantai ketika mulai menjelajahi dunia mata wang kripto pada 2014.
Dia secara berperingkat menjadi terpukau dengan teknologi dan mula berjinak dengan NFT serta kini menghasilkan wang yang cukup banyak melalui kaedah itu.
"Setiap bulan saya memperoleh pendapatan lebih baik daripada menjadi barista," katanya.
Dia sekarang memperjuangkan 'seni' secara digital itu dan sesiapa saja boleh mengambil gambar apa pun serta melakukan apa yang mereka suka.
"Anda benar-benar dapat mencuri apa pun yang saya buat, salin dan tiru, saya tidak peduli," katanya.
|
|