CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 725|Reply: 0

TEGAR dah dewasa....

[Copy link]
Post time 17-2-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode

TEGAR


Tegar yang dulu bukan yang sekarang

SEKITAR 10 tahun lalu, kehadiran penyanyi cilik asal dari seberang ini pernah mencipta fenomena luar biasa di Malaysia.

Berbekalkan sebuah single berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, pemilik nama pentas Tegar berjaya meraih populariti hebat dengan lagu tersebut.

Di sana sini, lagu yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang pemuzik jalanan itu menjadi siulan masyarakat.

Di corong-corong radio juga tidak putus-putus suaranya kedengaran mendendangkan lagu ‘berhantu’ tersebut.

Bagaimanapun, fenomena yang dicipta ibarat daun segar yang akhirnya kering dan gugur mencium bumi.

Namanya yang menjadi sebutan tiba-tiba hilang entah ke mana. Bayangan penyanyi bertubuh kecil itu menghilang. Tiada lagi kisah enak membuai namanya.


PENYANYI berusia 21 tahun ini membuat keputusan untuk menyertai program Big Stage musim keempat kerana memikirkan tentang masa depan kariernya dalam industri seni muzik.

Elak zina

Sekitar tahun 2015, pemilik nama lengkap Tegar Septian kembali memanas apabila timbul dakwaan mengatakan dia telah menjadi mangsa penderaan seksual pengurus sendiri.

Masa seperti pantas bergerak. Selepas beberapa tahun berlalu, Tegar hari ini semakin dewasa. Bahkan, penyanyi berusia 21 tahun itu sudah pun bergelar suami dan bapa kepada seorang putera hati.

“Alhamdulillah, saya kini semakin matang seiring dengan status saya sebagai seorang suami dan juga bapa kepada seorang cahaya mata lelaki, Bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian,” ujarnya.

Tegar berkata, sejak bergelar suami dan bapa, rutin hariannya juga sudah banyak berubah. Dia tidak lagi gemar keluar melepak bersama rakan-rakan pada waktu malam.

Kata Tegar, statusnya sebagai ketua keluarga menuntut dirinya menjadi lebih dewasa berbanding usia demi membimbing isteri dan anak ke arah kebaikan.

“Bergelar seorang bapa pada usia muda juga ada cabarannya. Saya perlu sentiasa sabar. Sejujurnya memang banyak lagi perkara yang harus saya pelajari. Saya harus bekerja kuat untuk keluarga.

“Saya juga terpaksa korbankan masa muda bersama kawan-kawan. Tidak boleh lagi lepak seperti sebelum ini. Saya perlu bijak bahagikan masa,” jelasnya.

Ketika disoal tentang keputusannya untuk berkahwin pada usia muda, Tegar berkata semua itu dilakukan untuk mengelak daripada berlakunya zina.

“Kami memutuskan untuk berkahwin pada usia muda bagi mengelak maksiat (zina). Di sana, Indonesia memang banyak berlaku kes-kes seperti itu,” jelasnya.


TEGAR SEPTIAN yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang berharap masih ada peluang untuknya kembali diterima peminat di Malaysia.

Karier

Ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, Tegar juga tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya apabila hampir dua tahun tidak dapat membuat persembahan pentas.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi asal Subang, Jawa Barat, Indonesia itu memberikan tumpuan menghasilkan video dalam saluran YouTube miliknya, Tegar Septian bagi menjana pendapatan.

Justeru, peluang menyertai program Big Stage musim keempat (BS4) mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tegar untuk mencipta semula namanya, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di tanah tumpah darahnya.

“Sejujurnya saya tidak tahu tentang program ini walaupun pernah disertai oleh peserta dari Indonesia, Dinda Permata pada musim lalu.

“Saya gementar sebenarnya kerana sudah lama tidak membuat persembahan di pentas besar. Kali terakhir saya beraksi di pentas sebegini adalah sekitar 2018,” katanya.


KATA, Tegar, statusnya sebagai ketua keluarga menuntut dirinya menjadi lebih dewasa berbanding usia demi membimbing isteri dan anak ke arah kebaikan.


Saingan sengit

Ujar Tegar lagi, sebelum membuat keputusan untuk ‘berhijrah’ ke Malaysia bagi menyertai BS4, dia telah berbincang bersama isterinya, Sarah Sheilka bersama keluarga kerana perlu meninggalkan mereka (di Indonesia) untuk tempoh panjang.

“Isteri dan anak masih di Indonesia. Saya sendiri tidak tahu berapa lama saya akan tinggal di sini (Malaysia). Ikut pada rezeki. Kalau bertahan lama (tidak tersingkir), maka lamalah saya akan tinggal di sini.

“Insya-Allah isteri dan anak akan datang ke sini nanti untuk memberikan sokongan pada saya,” ujarnya.

Tegar yang gembira kerana dapat bertemu semula dengan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam pada itu mengakui saingan yang diberikan oleh peserta BS4 cukup sengit.

Dalam kalangan peserta, dia paling mengagumi bakat Danial Chuer yang disifatkan cukup hebat.

“Semua peserta hebat. Tapi saya paling kagum dengan Danial Chuer. Suaranya cukup luar biasa,” kata Tegar.


ENGGAN meletakkan harapan terlalu tinggi, Tegar bagaimanapun ingin kekal sehingga ke peringkat akhir dalam BS4.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list