View: 635|Reply: 0
|
Ryan Reynolds, Blake Lively prihatin nasib pelarian Ukraine
[Copy link]
|
|
Ryan Reynolds, Blake Lively prihatin nasib pelarian Ukraine
Ryan Reynolds dan isteri, Blake Lively.
Los Angeles: Pasangan pelakon Ryan Reynolds, 45, dan isterinya Blake Lively, 32, akan menyalurkan derma berjumlah RM4.2 juta kepada Agensi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu pelarian Ukraine.
Menerusi ciapan di Twitter, Reynolds ternyata sangat bersimpati dengan nasib warga Ukraine yang terkesan akibat krisis membabitkan perang negara itu dengan Rusia.
"Dalam 48 jam, tidak terkira warga Ukraine yang terpaksa melarikan diri ke negara jiran meninggalkan rumah mereka serta perlukan perlindungan.
"Dengan derma kamu, maka kami akan mencukupkannya ke angka RM4.2 juta bagi melipatgandakan lagi sokongan itu," katanya.
Blake juga turut berkongsi hantaran mengenai bantuan derma berkenaan menerusi sebuah foto menyentuh hati. Dalam foto itu, kelihatan seorang ibu bersama anak kecil yang memakai jaket dengan warna bendera Ukraine.
"Saya dan Reynolds mahu gandakan setiap derma yang disalurkan ke Amerika Syarikat untuk Agensi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Agensi itu turun padang membantu lebih 50,000 warga Ukraine yang melarikan diri dari negara itu dalam tempoh 48 jam.
"Ia menyediakan bantuan perlindungan nyawa, juga berganding bahu dengan negara kejiranan untuk pastikan setiap keluarga mereka dilindungi," kata Blake.
Hampir 120,000 penduduk Ukraine meninggalkan negara itu selepas Rusia mula membedil pada Khamis lalu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran lebih empat juta penduduknya mungkin melarikan diri jika perang itu berlanjutan.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ib-pelarian-ukraine
|
|
|
|
|
|
|
| |
|