Salam
Semua mengetahui yg rukun solat ada 13 iaitu :
Rukun Solat Perkara yang mesti dilakukan dalam solat. ·
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring. ·
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. ·
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. ·
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah...hinggalah Waladhaallin. ·
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. ·
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk. ·
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. ·
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. ·
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. ·
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. ·
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ·
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. ·
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat.
kalau tidak dilakukan satu diantara 13 ni maka solat kita jadi 0. Yang menjadi persoalan ialah ada pendapat mengatakan kalau kita solat berjamaah andai kita tidak membaca fatihah atau hanya membaca separuh sebab tidak sempat tuan imam dh rukuk, solat kita tetap sah. Pendapat ini keluar dr kawan saya yg mendengar dr kawannya seorang lulusan Al Azhar Mesir. Maka dengan itu ingin saya mengetahui apakah pendapat ini benar. Hujah kawan saya ialah kita dh berjamaah maka kita hanya perlu mengikut tuan imam saja. Harap mendapat maklum balas. Terima kasih. |