View: 1014|Reply: 2
|
Wajah kacak V jadi rebutan
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/bts-v-e1646560857286.jpg)
V BTS
Wajah kacak V jadi rebutan
KETAMPANAN anggota BTS iaitu V memang tidak dapat dinafikan sehinggakan dia digelar CGV (Computer Graphic V) kerana wajahnya ibarat direka dengan teknologi grafik komputer.
V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung pernah diangkat sebagai Lelaki Paling Tampan 2021 oleh laman web BestTopper, mengalahkan bintang-bintang besar Hollywood seperti Brad Pitt dan Robert Pattinson.
Baru-baru ini, beberapa pakar pembedahan plastik menerusi video YouTube memuji V kerana mempunyai visual yang tampan dan tidak realistik.
Kedua-dua pakar pembedahan plastik itu menilai wajah V yang dikatakan mempunyai ratio sempurna antara maskulin dan feminin.
Salah seorang doktor dari Klinik Pembedahan Plastik MARQ, Seoul, Lee Jae-jun berkata, V mempunyai mata besar dengan kelopak, ciri-ciri yang sukar didapati di Korea.
“Kebanyakan pesakit lelaki datang membawa gambar V untuk membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan mata sepertinya.
“Selain itu, hidungnya yang mancung bermula dari kening membuatkan proses meniru semula hidung penyanyi itu menjadi amat sukar,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/03/07/wajah-kacak-v-jadi-rebutan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada buat plastic surgery ke idok? |
|
|
|
|
|
|
|
TaeTae atau V @ Kim Taehyung ni aaaaiols minat suara dia. kehensemnyer memang terserlah natural kata saper yg pernah bersama atau berhadapan dengan beliau in person.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|