CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8705|Reply: 137

Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Suke-dono at 10-3-2022 12:50 AM




Objektif

Thread ini dibuka khas buat peminat-peminat drama Jepun (a.k.a Jdrama) di forum Cari untuk berkongsi pendapat dan review mengenai drama paling akhir yang telah mereka tonton buat setakat masa posting itu ditulis.


Contoh

  • CikMelah baru selesai menonton drama Mystery to Iu Nakare semalam. Jadi CikMelah boleh post review ringkas mengenai drama ini.
  • AbsahAssan pernah meminati Jdrama suatu masa dahulu, tetapi kini lebih cenderung menonton Kdrama. AbsahAssan boleh menulis review tentang Jdrama yang paling akhir beliau tonton. Mungkin 2 tahun lepas ataupun 12 tahun lepas.


Syarat-syarat

  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tidak semestinya peminat tegar Jdrama sahaja.
  • Hanya untuk drama dan "special" sahaja. Filem tidak dibenarkan.
  • Tidak semestinya drama yang terkini. Jika anda tonton GTO (versi Sorimachi) minggu lepas misalnya, anda boleh tulis mengenainya walaupun drama ini diterbitkan pada tahun 1998. Yang penting, Jdrama yang paling akhir yang anda tonton.
  • Anda sudah selesai menonton hingga ke episod akhir, bukan masih di tengah jalan melainkan jika anda "drop" drama tersebut.
  • Wajib tulis tajuk drama serta bilangan episod. Kalau boleh anda digalakkan (optional) untuk sertakan sekali nama para pelakon dan sinopsis ringkas dalam bahasa Melayu.
  • Tidak wajib letak gambar, tetapi kalau ada lebih manis bak kata orang... Sekurang-kurangnya anda boleh letak poster drama tersebut.
  • Wajib tulis review atau pendapat anda mengenai drama tersebut, samada yang positif ataupun negatif, terserah kreativiti anda. Tidak perlu panjang lebar dan boleh gunakan ayat yang santai sahaja. Walaubagaimanapun, sila elakkan dari memberi "spoiler".
  • Tidak digalakkan letak trailer, fmv dan sebagainya dari Youtube. Ini kerana syarikat Jepun sangat rajin hantar notis "takedown" dan membuat setting "region-locked". Walaubagaimanapun, OST dan lagu tema boleh diletakkan sekiranya anda terlebih rajin. Tetapi sila pastikan ianya dari channel rasmi artis.
  • Anda boleh membuat posting setiap kali anda menonton drama yang baru. Tiada had!



Sumber Rujukan

Untuk dapatkan info mengenai drama serta poster dan gambar, anda boleh layari AsianWiki ataupun MyDramaList.



Bilakah kali terakhir anda menonton Jdrama? Semalam? Seminggu? Setahun? 10 tahun yang lalu? Apakah judul drama itu? Adakah ianya menarik, atau mengecewakan? Jom kongsikan drama tersebut dan pendapat anda mengenainya!



Selamat mencuba!!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2022 12:53 AM | Show all posts

Review Index

Edited by Suke-dono at 10-4-2022 12:52 AM

Alice in Boderland (2020) | Rev1 | Rev2 |
Amachan (2013) | Rev1 |
Border (2014) | Rev1 |
Dakara Korosenakatta (2022) | Rev1 |
Doctor X (Various Season) | Rev1 |
Itoshii Uso: Yasashii Yami (2022) | Rev1 |
Kanojo wa Kireidatta (2021) | Rev1 |
Miseinen (1995) | Rev1 |
Mystery to Iunakare (2022) | Rev1 |
Ore no Ie no Hanashi (2021) | Rev1 |
Saiai (2021) | Rev1 |
Saka no Ue no Kumo (2009-2011) | Rev1 |
Shinhannin Flag (2021-2022) | Rev1 |
Sutekina Sen Taxi (2014) | Rev1 |
Takane no Hana (2018) | Rev1 |
Todome no Kiss (2018) | Rev1 |


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2022 01:33 AM | Show all posts
Judul drama: Dakara Korosenakatta
Tahun: 2022
Bilangan epsiode: 5
Stesen TV: WOWOW




Lakonan:
Tamaki Hiroshi, Matsuda Genta, Takaoka Saki, Watabe Atsuro, Hagiwara Masato, Furuta Arata


Sinopsis:
Ippongi Toru (lakonan Tamaki) merupakan seorang wartawan di syarikat akhbar, Taiyou Shinbun. Untuk meningkatkan semula jualan surat khabar yang sudah merosot, Ippongi telah diarahkan menulis sebuah artikel mengenai "kisah hitam seorang wartawan". Tanpa diduga, artikel yang menceritakan kisah sedih Ippongi di zaman mudanya itu telah menarik perhatian kepada kes pembunuhan bersiri. Penjenayah tersebut mengutuskan surat secara terus kepada syarikat akhbar dan mengatakan bahawa dia telah terinspirasi dari artikel Ippongi. Dia juga mencabar Ippongi untuk berbalas hujah dengannya dan menyiarkannya di akhbar, dengan alasan kononnya untuk menghalang dia dari terus melakukan pembunuhan. Adalah pembunuhan bersiri ini dapat dihentikan Ippongi? Apa motif sebenar penjenayah?


My review:
Baru lepas tgk drama ni beberapa hari lepas. Dia punya pace macam drama WOWOW yg lain, slow dan serius sikit. Cinemtography ala2 gelap gitu...hehe. Memandangkan episodnya tak banyak, mmg sesuai lah utk ditonton back to back.

Dari aspek misteri, cerita dia ok2 je lah... tapi agak berteka-teki jugak nak tahu apa kesudahannya. Nak cerita lebih2 karang takut jadi spoiler pulak...

The downside of this drama ialah, watak Ippongi ni ada dua era, 20 tahun lepas dgn sekarang. Yg sekarang ni patutnya umur dalam pertengahan 40-an hampir 50, tapi pihak produksi drama tak dapat nak tunjukkan perbezaan 2 era tu secara ketara. Kat situ ada spoil sikit lah bg I.


Overal I kasi 7.5/10


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh thanks kaka invite i ke thread ni, nnt iols nak review jdrama
Tiber rasa nak rpt shitsuren chocolatier semata nak bg review kann
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2022 10:21 PM | Show all posts
Thecatnextdoor replied at 10-3-2022 10:13 PM
Wahhhh thanks kaka invite i ke thread ni, nnt iols nak review jdrama
Tiber rasa nak rpt shitsuren c ...

Willkommen!


Ok cantik tu...nanti lepas rewatch boleh lah buat review ringkas ye

PS: I ni lelaki tulen tau, janganlah panggil kaka

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
last jdrama tengok ''SAIAI".. genre thriller

bagi meols best jugak sebab tak tipikal dan tak gedik..meols last tengok jdrama masa zaman uni dulu lebih 10 tahun lepas..lepas tu start tengok kdrama sampai lah ada org suggest tengok series SAIAI ni

boleh try kalau dah bosan menonton kdrama
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2022 11:58 PM | Show all posts
_kelly replied at 10-3-2022 11:40 PM
last jdrama tengok ''SAIAI".. genre thriller

bagi meols best jugak sebab tak tipikal dan tak gedik. ...

Thanks for your review!

I pun ada tgk cerita ni aritu. Betul apa yg uols cakap part yg tak gedik tu...haha


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:08 AM | Show all posts
tak pernah minat jdrama ni cuma pernah tertengok satu drama ni
rasa menarik jugak
itu je lah jdrama yg aku pernah layan
dr jepun ni citer kamen rider je yg aku minat

Sutekina Sen Taxi (2014)
kisah pemandu teksi yg bawak penumpang dia ke masa silam utk penumpang td memilih semula pilihan dlm hidup dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 10-3-2022 11:58 PM
Thanks for your review!

I pun ada tgk cerita ni aritu. Betul apa yg uols cakap part yg tak gedik  ...

cannot go la gedik2..dah tua rasa cringe tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 12:56 AM | Show all posts
Jitu replied at 11-3-2022 12:08 AM
tak pernah minat jdrama ni cuma pernah tertengok satu drama ni
rasa menarik jugak
itu je lah jdram ...

Ha cerita ni pun best jugak....bakarhythm nama penulis dia...dalam citer tu dia jadi master kat kafe kot...ntahlah tak berapa ingat. Tapi penulisan dia mmg menarik.

Btw, bro ada tgk dia punya SP jugak tak?


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Last J-drama yg iols follow. Mr Hiiragi's Homeroom and Alice in Borderland. Mr Hiiragi's Homeroom iols tgk sbb ada Suda Masaki yg heloks. Alice in Borderland lebih kurg mcm Squid Game cuma bertiang-tiang lagi best. Kalau romance iols tak tgk sgt sbb cringe
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:22 AM | Show all posts
train man - ni tgk dah lama dulu

midnight dinner
naked director
kotaro lives alone
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 03:35 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 11-3-2022 12:56 AM
Ha cerita ni pun best jugak....bakarhythm nama penulis dia...dalam citer tu dia jadi master kat ka ...

haah kat cafe
yg SP belum tengok lg
tertengok ni pun masa kat astro dulu ada siar kan pastu sy masa tu tgh boring
alih2 siaran terjumpa citer ni bila layan best jugak sbb jln citer lain dr drama yg biasa tengok mcm papa megah holding tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 07:11 PM | Show all posts
Reira77 replied at 11-3-2022 07:39 AM
Last J-drama yg iols follow. Mr Hiiragi's Homeroom and Alice in Borderland. Mr Hiiragi's Homeroom io ...

Oh Alice in Boderland...ada main kat Netflix kan? I tak tgk tapi ramai yg cakap best. Mr. Hiragi tu I ada tgk. Cuma agak "meh" kritikan dia pasal social media tu...kalau tak mmg dah mantap dah drama tu... Suda mmg kasi all out part yg last.

Anyway thanks for joining!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 07:13 PM | Show all posts
c===8 replied at 11-3-2022 09:22 AM
train man - ni tgk dah lama dulu

midnight dinner

Thanks for joining... boleh kasi sikit review ttg salah satu drama tu? Samada uols suka ke atau rasa tak best ke

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 07:20 PM | Show all posts
Jitu replied at 11-3-2022 03:35 PM
haah kat cafe
yg SP belum tengok lg
tertengok ni pun masa kat astro dulu ada siar kan pastu sy m ...

Lah tak tau plak ada pernah main kat astro...channel cina ke?

Hehe drama melayu kalau nak buat cerita bisnes pun ok jugak....tapi kasi ada trill lah dan lebihkan pasal teknikal bisnes tu...bukan asyik datang opis mintak fail, pastu belek2 30 saat, tanya secretary apa apointment, alih2 call girlfriend ajak pg lunch...tak pun watak ketiga (perempuan jahat) yg datang opis ajak lunch

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 11-3-2022 07:13 PM
Thanks for joining... boleh kasi sikit review ttg salah satu drama tu? Samada uols suka ke atau ra ...

Trainman - pasal mamat nerd tak hensem syok kat awek cun kaya

Naked director - sejarah awal industri porn di jepun

Midnight dinner - kisah gelagat pelanggan2 di restoran yg  start operasi tgh malam.dari kisah yakuza sampai la pondan tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 08:49 PM | Show all posts
c===8 replied at 11-3-2022 08:06 PM
Trainman - pasal mamat nerd tak hensem syok kat awek cun kaya

Naked director - sejarah awal indus ...

Thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 11:25 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 11-3-2022 07:20 PM
Lah tak tau plak ada pernah main kat astro...channel cina ke?

Hehe drama melayu kalau nak buat ce ...

klu tak silap channel cina aec masa tu  

nak termuntah dah tengok drama2 acah keparat ehh silap korporat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 11:44 PM | Show all posts
Jitu replied at 11-3-2022 11:25 PM
klu tak silap channel cina aec masa tu  

nak termuntah dah tengok drama2 acah keparat ehh silap k ...

Oh channel AEC...thanks for the info!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080636 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list