|
Sebut sahaja nama Gigi Hadid, mesti akan teringat gaya ‘catwalk’ yang selalu dilakukannya di dalam pentas peragaan.
Kredit foto: IG Gigi
Baru-baru ini, Gigi mencuri tumpuan ramai apabila dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara bagi empat buah ‘fashion capital’ untuk Fashion Week 2022 bagi musim luruh dan musim sejuk.
Di Instagram, model Amerika Syarikat kacukan Palestin itu menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan kesemua hasil gajinya itu bakal didermakan kepada mangsa perang pergolakan Ukraine-Rusia dan juga di Palestin.
Selain Gigi, Ashton Kutcher, Mila Kunis, Ryan Reynolds dan isteri, Blake Lively antara selebriti terkenal Hollywood yang dikhabarkan memberikan sumbangan wang ringgit bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan isu ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Gigi kerana bersifat pemurah.
Netizen berharap usaha Gigi ini akan dicontohi ramai model bagi membantu mereka yang terjejas akibat peperangan.
Sumber: OhBulan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|