View: 854|Reply: 4
|
Penyanyi Otai Rod Stewart Baiki Sendiri Jalan Rosak
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini di Essex, England, seorang penyanyi lagenda Sir Rod Stewart mengambil keputusan untuk membaiki sendiri jalan yang rosak teruk di kawasan perumahannya.
kredit foto: Instagram
Menurut Mekanika, penyanyi itu membantu pekerja membaiki jalan berlubang kerana ia menganggu perjalanan ke kawasan berkenaan.
Dalam video di Instagramnya, ia memaparkan Stewart yang menyodok kerikil dari trak pikap kerana jalan itu berlubang dengan teruk.
Difahamkan, Stewart membantu untuk membaiki jalan itu kerana ia adalah laluan kegemarannya, tetapi tiada sesiapa mahu membaikinya. Tambahan pula, beberapa hari lalu ada sebuah ambulans pecah tayar ketika melalui jalan berkenaan.
kredit foto: Instagram
Tetapi, wakil Essex Count Council tidak suka apa yang Stewart buat dan kerja pembaikan jalan ini harus dilakukan oleh pekerja profesional atau orang yang melakukannya perlu bertanggungjawab atas sebarang masalah ataupun kemalangan. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia nak baiki sendiri biarkan je lah.. Salute to him! |
|
|
|
|
|
|
|
kelassssssssssss.. tu la dia legend!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tanah malaya aje la kan ada problem ni |
|
|
|
|
|
|
|
payah nk jmp org berpangkat 'Sir' buat kerja ground work cenggini.. hebat org tua ni. lama tak dgr berita pasal dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|