CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 5

Berat Naik 10kg Sebab Tertelan Darah Palsu

[Copy link]
Post time 16-3-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Jika orang lain kebanyakannya akan susut bentuk fizikal ketika berlakon babak aksi, lain halnya dengan pelakon Yoo In-soo apabila mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).


Dedah pelakon itu, berat badannya naik selepas penggambaran siri fenomena siaran Netflix yang menjulang namanya, All Of Us Are Dead.




Kredit foto: Koreaboo




Meskipun memegang watak antagonis dan banyak menjayakan babak lasak seperti kejar-mengejar serta pertarungan, namun ada faktor yang menyebabkan berat badannya naik.


Dedah In-soo, dia mengambil masa hingga tiga jam untuk disolek dengan solekan wajah dipenuhi luka dan darah yang diperbuat daripada sirap jagung serta kopi.


“Saya jayakan banyak babak aksi seperti menggigit dan melukakan orang lain. Jadi saya perlu sentiasa ada darah dalam mulut.


“Untuk menampakkan realistik, pasukan produksi meletakkan darah tiruan pada gigi dan mulut saya.




Kredit foto: KDramaStars




“Saya memang letih sepanjang menjayakan babak aksi tapi hairannya, berat badan saya naik.


“Rupa-rupanya saya sedar darah tiruan itu memang tinggi kalori. Mungkin saya ada tertelan darah itu,” katanya ketika muncul dalam program Knowing Brothers.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 02:50 PM | Show all posts
eh mmg jahat gila watak kau dik
mcm nak terajang aje kau masa nak tangga tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolsss suka betul fashion rambut mullet ni. Sesiapa yg buat terus nampak macho. Haritu kenan kat lee je hoon dlm taxi driver sbb rambut mullet dia jugak dlm drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 04:39 PM | Show all posts
memang menyumpah bila nak kojol si zombie seekor ni, menjadi betul wataknya

10kg tu apa la sangat, sekejap je boleh susut kalau ikut diet ala korea tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 08:13 PM | Show all posts
Lambat betul dia mati dlm drama tu. Gerammm je
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 04:44 PM | Show all posts
Tak mengapa boleh diet lepas tu yang penting lakonan berhasil
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.240490 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list