CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Belum nilai tindakan terhadap guru KAFA enggan divaksin - MAINPP

[Copy link]
Post time 30-3-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Tiada sebarang penilaian dibuat terhadap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, beliau percaya pihak yang menguruskan guru KAFA sedang berusaha supaya mereka mendapatkan vaksin seperti yang disarankan.

"Buat masa ini kita belum lagi nilai tentang perkara itu (guru KAFA enggan ambil vaksin). Kita tidak pasti setakat mana penolakan itu, adakah disebabkan pilihan atau masalah mereka yang kita perlu nilai satu persatu," katanya ketika diminta mengulas sama ada terdapat tindakan diambil terhadap guru KAFA di negeri ini yang enggan divaksin.

Terdahulu, Ahmad Zakiyuddin ditemui pada Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah di Hotel The Light Seberang Jaya, di sini, hari ini.



Zakiyuddin Abd Rahman (tengah) sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Amran Hazali (kanan) menyerahkan sijil pentauliahan pada Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah Pulau Pinang 2022 di Hotel The Light Seberang Jaya di sini. FOTO DANIAL SAAD

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula mengambil tindakan tegas kepada KAFA di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19 dengan menggantung tugas mereka selama dua bulan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan terbabit, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036418 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list