CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 2

[Pulau Pinang] Penghantar makanan raba payudara wanita didenda RM4,000

[Copy link]
Post time 27-4-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Falihin mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul seorang wanita di Mahkamah Majistret Georgetown. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita pada 20 April lalu.

Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, kira-kira jam 12.30 tengah hari pengadu menunggang motosikal berhampiran lampu isyarat Jalan Bukit Gambir arah Sungai Nibong sebelum tertuduh yang turut menunggang motosikal dengan berpakaian kerja datang dari arah belakang menuju ke sebelah kanan sebelum menghimpit kenderaan yang dinaiki mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba payudara dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita warga Indonesia itu.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, tertuduh berjaya memberkas di tepi Lorong Singgora di sini, Ahad lalu.

Muhammad Salihin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam S Bommy.

Peguam tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia setahun dan pencari nafkah tunggal selain isterinya sedang hamil lima bulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM4,000 atau penjara tiga bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Difahamkan, tertuduh membayar denda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nita-didenda-rm4000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 06:36 PM | Show all posts
warga indon ada lesen ada motor...PR dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah lalui zaman remaja dulu, semasa  berjalan2 dgn rakan sekolah. Tiba2 ada sorang lelaki dari arah bertentangan sepantas kilat sempat meraba.
Terperanjat sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.308560 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list